Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort | Bangi Golf Resort ni merupakan salah satu tempat favourite aku untuk berbuka puasa. Kenapa? Sebab makanan dia banyak dan non stop. Makanan Bangi Golf Resort pun banyak sangat pilihan dan menyebabkan korang makan boleh tambah berpinggan-pinggan.
Buffet Ramadan Bangi Golf Resort ni korang boleh nikmati sepanjang bulan Ramadan bermula 9 Jun hingga 4 Julai 2016. Sepanjang bulan Ramadan tu ada lebih daripada 200 jenis makan yang bercirikan masakan popular ala barat, barat dan timur.
Apa Yang Best Pasal Buffet Ramadan Bangi Golf Resort?
- Live station - kambing bakar dan sate
- Diiktiraf HALAL oleh JAKIM sejak tahun 2009 lagi
- Persembahan muzik secara live bermula 6.30 petang hingga 9.30 petang setiap hari
- 800 ruang parking
- Ruang solat yang selesa
Menu pembuka selera tahun ni memang best-best. Ada "Cream of smoked chicken", "Sous Vide Eggs with mushroom espuma", lasagna ayam dan daging. Ha, kau. berbelit-belit lidah aku nak sebut menu dia. Jari aku pun penat duk taip.
Nak makan mee rebus ni kena celur dulu mee dalam air panas. Tempat nak celur tu ada dekat sebelah kawasan mee tu je.
Tips sikit nak bagi sedap gila babas bihun ni. Pastikan korang letak kicap lada sekali dalam mangkuk bihun korang. Kalau tak letak, rasa dia kurang sikit. Tapi kalau letak, memang boleh tambah 2 3 kali ni.
Juadah utama dekat BGR ni mestilah menu yang bercirikan melayu dan timur contohnya nasi kerabu, rendang taik minyak, sambal sotong kembang, buttered prawn, daging masak lada hitam dan filet ikan bersama sos serai.
Ini antara dessert yang sedap. Green tea cheese cake.
Eclairs ni ada dalam beberapa perisa iaitu nangka, cempedak dan durian.
Red velvet cake. Kalau korang pergi makan dekat sini, pastikan korang cuba red velvet ni. Sedap sangat, rasa cheese dia berlemak. Dan kek dia pun tak keras, moist cukup-cukup.
Antara pencuci mulut yang akan dihidangkan nanti adalah Spanish Churros dengan sos coklat, kuih muih melayu, puding, agar-agar, kek, buah-buahan dan menu terbaru Eclairs berperisa nangka, cempedak dan durian. Ada juga ais krim gelato berperisa jagung bakar, kantan dan cendol.
Hoi, aku taip ni pun aku dah rasa kecur air liur, teringat waktu last aku berbuka puasa dekat BGR 2 tahun lepas. Tahun ni comfirm aku nak booking awal-awal berbuka dekat sana. Ha, korang bila lagi?
Harga
RM58 (Dewasa)
RM29 (Kanak-kanak)