Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnCasa Hotel

$
0
0
Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnCasa Hotel | Hari semalam aku dah share dengan korang Buffet Ramadan dekat Imperial Chakri Palace kan? Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu lagi buffet Ramadan yang korang boleh terjah di bulan puasa nanti -  Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnCasa Hotel.

Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnCasa Hotel

AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur tahun 2016 ini mengetengahkan tema selera desa nostalgia 60an dengan pelbagai pilihan menu yang memang sedap-sedap belaka. Selain daripada tu, AnCasa Hotel juga cuba untuk mengenang kembali kenangan bersama Allahyarham tan Sri P. Ramlee. 

Terdapat 6 booth yang menghidangkan macam-macam jenis makanan yang diilhamkan oleh Chef Yohanis dan Chef Mariam. Antara booth-booth yang ada:

Booth Aneka Mee. Aku cadangkan korang cuba bihun dengan kuah sup. Pastikan letak sos cili hitam tu. Baru terangkat rasa dia.

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Booth Apam Balik. Apam balik dia nipis dan ranggup. Memang taste aku lah. Aku tak suka sangat makan yang jenis tebal tu. Yang nipis dan ranggup tu lebih sedap.

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Booth Sup Setapak. Orang kata sup setapak ni memang glamer sebab Allahyarham Tan Sri P Ramlee suka makan dulu. 

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Booth Hidangan Utama. Ada pelbagai lauk  pauk yang bagi aku agak rare sebab aku tak selalu makan macam rendang itik, kacang sepat bercendawan, ayam tandori dan burung puyuh goreng lengkuas. 

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Booth Sate, Shawarma dan Ayam Skewer. Sate yes yes sate. Sila ambil sate itu. Ada sate ayam dan sate daging. Kuah kacang dia memang pekat. Ya Allah, rasa rindu kuah kacang mak aku buat. 

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Booth Yong Tau Foo. Ha, ini macam rare jugak ni. Tak pernah lagi aku jumpe orang buat buffet ramadan ada yong tau foo. Setakat ni memang aku jumpa dekat AnCasa Hotel ni je.

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Selain daripada 6 booth di atas ni, ada banyak lagi makanan lain yang dihidangkan dekat Saffron Brasserie AnCasa Hotel ini. Ada Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar, Ikan Jenahak bakar, Nasi kerabu, Lemang, Ketupat Palas, Ubi Kayu Rebus dengan sambal, gula dan kelapa, sandwich, acar buah, kerabu, salad, bergedil dan macam-macam lagi.

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Untuk pencuci mulut, jangan risau ada macam-macam jenis buah-buahan dan dessert yang ada macam putu mayam, kek, kurma, tembikai, mangga, nenas, kuih-kuih tradisional Melayu, cekodok, puding dan kuih raya pun ada. Fuh penat jugak menaip. krang layan je lah gambar dekat bawah ni.

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Harga Biasa
RM68 (Dewasa)
RM40 (Kanak-kanak)

Harga Early Bird
RM58
(Sekarang hingga 31 Mei 2016)

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi Saffron Brasserie AnCasa Hotel melalui nombor telefon 03-2026 6060 sambungan 7703 atau talian bebas tol di 1-300-88-0032

Nak tau mana lagi buffet Ramadan yang best-best untuk tahun 2016 ni? Boleh tengok dekat sini -> Buffet Ramadan 2016.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles