Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 498 articles
Browse latest View live

Pergi Big Bad Wolf 2017 Dengan Aneeq

$
0
0
Pergi Big Bad Wolf 2017 Dengan Aneeq | Minggu lepas Fadzi dan family sempat pergi ke Big Bad Wolf 2017. Yang bestnya, Fadzi menang tiket preview untuk masuk sehari lebih awal daripada yang sepatutnya diaorang open untuk public iaitu 7 Disember 2017. Fadzi dapat tiket preview tu pun sebab menang kontest dekat page Oh Bulan.


Big Bad Wolf 2017

Masa preview session tu pun sebenarnya dah ramai orang. Fadzi sampai dekat MIECC lebih kurang pukul 11 pagi. Waktu tu orang dah ramai yang masuk tapi tak lah sesak sangat. Kalau korang drive sendiri, parking RM5.00 sekali masuk. Tak kira lah berapa jam korang duduk dekat situ.  

Big Bad Wolf 2017

Masuk-masuk pintu je ada ruangan tempat letak troli. Korang boleh je nak ambil troli ini untuk letak buku-buku yang korang beli tu. Tapi tak boleh lah bawak sampai keluar ke kereta. Dalam dewan je boleh. Lepas bayar semua buku, troli kena tinggal. 

Jadi, Fadzi cadangkan korang bawak lah troli atau beg beroda sendiri supaya boleh bawak buku-buku yang korang beli ke kereta. Tempat parking tak lah jauh sangat tapi penat juga lah nak bawak buku berat banyak-banyak. 

Big Bad Wolf 2017

Dalam dewan MIECC tu, kalau korang masuk je korang boleh jumpa terus booth untuk Ejen Ali. Banyak jugak ruangan yang Ejen Ali ambil untuk display barang-barang diaorang. Siap ada pentas untuk beberapa acara yang diaorang dah sediakan termasuk kemunculan maskot Ejen Ali dan Comot. 

Fadzi memang peminat kipas susah mati Ejen Ali. Terus Fadzi ambil gambar dengan maskot Ejen Ali dan Comot yang ada masa tu. 


Big Bad Wolf 2017

Korang tengok Aneeq. Orang suruh posing elok-elok nak ambil gambar, boleh pulak dia selit mata je dekat siku Ali. 

Big Bad Wolf 2017

Sempat juga Fadzi ambil gambar dengan Ida Rahayu. Ida Rahayu ni lah yang jadi suara Ali dan Comot. Sebenarnya Fadzi nak ambil juga gambar dengan Azman Zulkiply (suara Ejen Rizwan), Shafiq Isa (suara Ejen Bakar) dan Usamah Zaid (suara Ejen Karya dan juga pengarah). Tapi sebab waktu tu dah lewat nak solat Zohor, jadi tak sempat nak ambil gambar dengan diaorang.


Big Bad Wolf 2017

Tengok dewan ni memang besar betul. Banyak gila buku yang ada dekat sini dari buku English, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Cina. Tapi kalau ikut apa yang Fadzi tengok hari tu, hampir 50% adalah buku kanak-kanak. Serius banyak buku budak-budak dekat sini. Sampai Fadzi pun rambang mata nak beli buku apa untuk Aneeq. 

Big Bad Wolf 2017

Kalau korang nak cari buku specific genre, tak ada masalah pun. Diaorang dah asing siap-siap dan naik sekali dengan penanda buku apa dekat bahagian mana. Senang lah korang nak cari nanti. Ada bahagian contohnya buku Craft & Hobbies, Adult Coloring Book, Young Children, Architecture & Music.

Big Bad Wolf 2017

Buku-buku latihan dan workbook pun banyak dekat sini. Dari workbook untuk UPSR, PT3 sampai ke SPM pun ada. 

Big Bad Wolf 2017


Zul gigih cari buku untuk Aneeq. Buku untuk dia sendiri, last minit baru dia pergi cari.  

Big Bad Wolf 2017

Aneeq ralit habis baca buku dalam troli. Troli ni memang untuk dia duduk je. Time Fadzi pergi tak ramai sangat orang, jadi tak apa lah kot nak ambil troli ni untuk bagi Aneeq duduk. Tapi kalau korang pergi waktu peak hour, make sure korang bawak baby carrier atau stroller sendiri. Ataupun tak payah bawak budak-budak, lagi senang. Serius. 

Big Bad Wolf 2017


Kalau lapar tak ada masalah, ada je cafe dekat sini untuk korang makan. Menu apa yang ada Fadzi pun tak pasti sebab Fadzi tak makan pun dekat sini. Kalau korang cari surau, ada satu surau dekat bahagian atas ni. Tapi Fadzi tak pasti dekat dalam dewan atau luar dewan. Hari tu Fadzi solat dekat surau tingkat bawah. Rupanya tu surau untuk staff dia saja.

Big Bad Wolf 2017

Untuk pembayaran buku dekat Big Bad Wolf 2017 pulak, korang boleh guna cash ataupun kad. Tapi yang nak pakai kad tu, tengok sikit kaunter yang korang pergi tau. Ada kaunter yang hanya terima cash atau wang tunai saja. Setiap meja cashier akan ada notis sama ada terima cash/card atau cash sahaja.

Big Bad Wolf 2017


Tengok tu budak seronok dapat banyak buku. Mostly buku-buku Aneeq ni Fadzi yang pilih. Tapi ada juga buku yang Aneeq sendiri minat dan dia sendiri pilih. Nanti Fadzi buat lagi satu entry pasal buku-buku yang kiteorang beli dekat sini nanti.

Nak tau apa Fadzi paling suka bila bawak Aneeq cari buku sekali? Aneeq duduk je dalam troli sambil baca buku. Boleh kata banyak jugak buku yang dia baca hari tu. Lepas satu, satu buku lain dia pilih. Tapi lepas dia baca, dia pulang balik. 

Tak sabarnya nak tunggu Aneeq pandai membaca nanti. Bila Aneeq dah pandai baca, Fadzi nak bawak lagi Aneeq dekat sini untuk baca lebih banyak buku sambil beli buku lain.

Big Bad Wolf 2017

Bila dah bayar, waktu nak keluar tu, korang jangan buang pulak resit tu. Sebab nanti ada staff BWW akan check resit korang. Mungkin nak buat cukup syarat je kot. Masa Fadzi kena check tu, dia tengok resit je. Belek belek lepas tu bagi kiteorang jalan. Tak ada lah diaorang check beria semak satu satu buku yang ada dalam troli kiteorang beli tu teli atau tak dengan apa yang ada dalam resit tu.

Masa keluar tu pulak, korang akan melalui satu area yang penuh dengan frame dan canvas poster. Cantik-cantik semuanya ada gambar karekter Marvel, ada gambar bendera dan macam-macam lagi gambar yang memang cantik-cantik. Korang pun boleh beli kalau korang berminat tau. 

Big Bad Wolf 2017

Nah, belanja sikit gambar Aneeq dengan buku-buku dia. Balik je dari BBW, laju je terus Aneeq bukak buku dan baca. Bagus anakku bagus. Teruskan macam ni sampai besar ye. 

Ini kali kedua seumur hidup Fadzi pernah pergi Big Bad Wolf. Sebelum ni Fadzi pernah pergi jugak tapi dah lama dulu. 3 tahun yang lepas kot. Fadzi pernah cerita dekat entry Pengalaman Pertama Membeli Buku Murah Di  Big Bad Wolf 2014.

Korang dah pergi BBW ke? Kongsi sikit apa yang korang beli dekat sana. Kalau korang nak tengok buku apa yang fadzi beli, boleh baca dekat sini - Big Bad Wolf 2017 Haul.



Big Bad Wolf 2017 Haul

$
0
0
Big Bad Wolf 2017 Haul | Semalam Fadzi dah cerita pasal pengalaman pergi Big Bad Wolf 2017 dengan Aneeq kan. Korang boleh baca dekat sini kalau nak tengok dan nak tau macam mana suasana dia serta apa yang korang boleh expect bila pergi sana - Pergi Big Bad Wolf 2017 Dengan Aneeq

Big Bad Wolf 2017 Haul

Menang Preview Ticket Big Bad Wolf 2017 daripada Oh Bulan. Seronok juga dapat masuk awal sehari daripada orang lain. Tapi yang dapat tiket preview ni pun ramai juga. Cuma mungkin tak sesesak hari hari lain. 

Korang jangan risau. Masuk ke Big Bad Wolf 2017 ni tak kena bayar apa-apa pun. Percuma saja. Fadzi kena bertiket semua sebab masuk untuk preview session pada 7 Disember 2017 iaitu sehari awal daripada sepatutnya diaorang open pada public. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dalam entry ni Fadzi nak kongsikan dengan korang buku apa yang kiteorang beli dekat Big Bad Wold 2017 hari tu. Acah-acah nak buat Big Bad Wolf 2017 Haul lah kiranya ni.  

Buku Aneeq

Kebanyakan buku yang kiteorang beli hari tu banyaknya buku Aneeq lah. Macam-macam jenis buku yang kiteorang beli untuk Aneeq. Ada juga permainan yang kiteorang beli. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:

Little Train's Big Journey - Buku ni jenis yang boleh tekan butang dan keluar bunyi. Buku ni Aneeq yang pilih sendiri. Memang favourite dia lah. Fadzi suka buku ni sebab boleh buat Aneeq ralit dan kusyuk kalau Fadzi tengah drive dalam kereta. Tak ada lah dia bising-bising bosan dekat belakang.

Big Book Of Fun - Buku yang ini ada macam-macam benda dalam dia. Belah-belah depan ada bed time stories karekter yang ada dalam Disney. Lepas tu ada bahagian untuk workbook. Lepas tu pulak ada bahagian yang ada sticker. Yang bahagian sticker tu Fadzi tak tunjuk lagi pada Aneeq. Kalau tunjuk, habis rumah penuh dengan sticker je. 

DC Comic Super Heroes - Yang ini sebenarnya Zul yang nak. Tapi bila Zul dah ambil tunjuk pada Aneeq, Aneeq pulak jadi berminat. Ini sebenarnya komik yang ada pelbagai karekter DC dalam bentuk LEGO. Siap ada karekter LEGO Batman dibagi sekali.

Matching Card (Games) - Yang ini bukan buku. Lebih kepada game card untuk latih memori. Dekat dalam kotak ni ada 2 paket card yang setiap satu nya ada 72 keping kad. Diaorang buat 2 paket sebab satu untuk permainan budak perempuan dan satu lagi untuk permainan budak lelaki.

Sticker Puzzle Planet - Yang ini lebih kepada nak explore pelbagai jenis benda dalam planet. Tak berapa menarik bagi Aneeq sebab banyak tulisan. Tapi tunggu dia tau dalam buku ni sebenarnya ada sticker, mesti dia excited.

My Opposites - Buku ni Fadzi tertarik nak beli sebab boleh ajar Aneeq tentang perkataan berlawanan. Dalam buku ni ada macam-macam jenis perkataan berlawanan macam Big Small, Dark Bright, Big Little dan Boy Girl. Plus, ada sticker!

Sticker Animals - Buku ni Fadzi yang nak beli untuk Aneeq sebab nak bagi Aneeq kenal nama haiwan. Gambar haiwan dalam buku ni guna gambar yang real dan bukannya gambar kartun. Dan of course ada sticker!

Design A Dino - Buku ini pula gambar dia comel-comel je semua. Dalam buku ni Aneeq boleh kenal macam-macam jenis nama dinosaur. Of course ada sticker dan ada juga model dinosaur 3D yang Aneeq boleh buat. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:

My First Encyclopedia of Birds - Buku yang ini saiz dia besar tau. Bukan macam saiz buku biasa. Besar tapi nipis. Dalam buku ni macam-macam jenis burung dan nama burung yang ada. Bukan Aneeq je yang seronok tengok buku ni, Fadzi pun seronok sebab ada burung yang Fadzi tak tau nama, ada dalam buku ni.

My First Words Nature - Buku ni memang Aneeq suka sangat sebab bahagian tengah ada lukisan dalam kotak. Lepas tu dekat sekeliling kotak tu, diaorang lukis objek satu-satu. Aneeq suka cari objek satu-satu tu dalam kotak bahagian tengah. Dah macam puzzle dah tengok.

My First Encyclopedia of Animals - Buku ni pun sama macam buku dekat atas. Ada kotak besar dekat tengah dan objek kecil-kecil diaorang lukis satu-satu dekat bahagian tepi. Aneeq pun seronok mencari objek tu dalam kotak besar sambil belajar nama objek. 

My First 200 Words - Sebijik macam buku dekat atas tapi topik yang berbeza. Segala mak nenek benda ada dalam buku yang ini termasuklah shape, numbers, colours, body parts dan vehicles. Serius memang berbaloi buku ni untuk anak-anak.

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:

Ejen Ali Misi: Cepat Pandai 123 - Ini macam biasalah workbook untuk tracing nombor 123 dan mewarna.

Ejen Ali Misi: Cepat Pandai ABC - Ini pulak buku tracing untuk ABC dan buku mewarna. Ikutkan tak nak ambil pun dua-dua buku ni sebab better Fadzi print je tracing worksheet dekat Pinterest. Tapi Zul ambil jugak. Layan kan aje.

Big Bad Wolf 2017 Haul

Write-On Wipe-Off Tracing - Yang ni menarik sebab boleh latih tangan anak-anak. Buku ni tak ada lah best sangat tapi mungkin best bagi budak-budak. Dalam ni aktiviti dia lebih kurang macam maze dan kita guna marker yang disediakan untuk follow maze tu. 

Aneeq memang suka buku ni. Kalau nak drive, bagi je buku ni, ralit lah dia dalam kereta. 

Buku Mak

Tak kan pergi BBWKL2017 beli buku Aneeq je kan. Mestilah Mak pun nak juga beli buku. Hehehe. Antara buku yang Fadzi beli untuk diri sendiri.

Big Bad Wolf 2017 Haul

Komik Ejen Ali 1-10 - Don't judge me. Walaupun Mak dah ada anak sorang, jiwa Mak masih lagi kebudak-budakan. Hahahaha. Bukan selalu nak buat perangai kumpul komik ni. Last Fadzi kumpul komik masa kecik-kecik dulu. Dragon Ball. Itu je. Yang lain tak minat. Boleh lah baca tapi tak obses sampai nak kumpul. 

Kali ni, Ejen Ali betul-betul buat Fadzi obses balik nak kumpul komik semula. Bila Fadzi tau je Ejen Ali kolaborasi dengan BBWKL, terus Fadzi set mind nak beli komik diaorang full set. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Digital Manga And Anime - Sebenarnya Fadzi dulu minat dan suka sangat melukis. Tapi bila dah masuk belajar degree, terus tinggal. Sayang betul. Kalau Fadzi teruskan melukis, mesti bertambah skill melukis. Sekarang ni, Fadzi nak asah balik skill melukis dan tambah ilmu pasal melukis secara digital pulak.


Buku Ayah

Zul pun ada juga buku yang dia nak baca. Buku yang Zul beli semuanya related dengan kerja dia. Well, nampak lah juga buku-buku yang dia pilih sangat fokus pada leadership dan customer service.  

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:
The Customer Rules
Grateful Leadership
Communicate to Influence - How To Inspire Your Audience To Action
Legendary Service

Total harga untuk semua buku yang kiteorang beli pada hari itu adalah RM254. Rm4 terlebih daripada bajet yang Fadzi dah tetapkan. Fadzi dah bajet belanja dekat BBWKL2017 ni cuma RM250 je. Tapi kira okay lah kan sebab untuk buku. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Nah, gambar si ulat buku dengan buku-bukunya. Aneeq memang sejenis budak yang seronok tengok buku. Walaupun tak pandai membaca lagi, dia suka tengok gambar-gambar berwarna-warni sambil mulut bising buat-buat membaca. Conteng pun suka. Mewarna pun suka. Melukis pun suka.

Harap-harap dengan cara Fadzi beli macam-macam buku yang menarik dan Aneeq suka macam ni dari sekarang, boleh pupuk minat Aneeq membaca bila dia dah mula pandai membaca nanti. 

Ha, Fadzi dan family dah pergi ke Big Bad Wolf 2017. Korang dah pergi? Kalau dah pergi, share sikit buku apa yang korang beli dekat sana. Fadzi pun nak tau jugak.

Tasneem Naturel Balm Set Review

$
0
0
Tasneem Naturel Balm Set Review | Aneeq sekarang dah umur 2 tahun tapi masih ada masalah untuk tidur. Aneeq tak boleh tidur sendiri malam-malam. Nak kena peluk dulu baru tidur. Bila dah tidur pula, dia senang terjaga tak kisah lah masa tidur malam ataupun tidur petang. 

Tasneem Naturel Balm

Serius Fadzi rasa penat gila sebab waktu malam lah Fadzi mula buat kerja depan PC. Tapi bila dah seronok buat kerja, tiba-tiba Aneeq bangun tidur masuk bilik Fadzi dan tarik tangan Fadzi masuk bilik dia. Mintak kena teman tidur. Rasa geram juga sebab waktu malam tu je lah Fadzi ada masa untuk setelkan segala kerja tapi Aneeq pula bangun 2 3 kali setiap malam ajak tidur dengan dia.  

Mulanya Fadzi nak cuba beli essential oil dengan diffuser salah satu brand terkenal ni sebab orang kata boleh bagi anak tidur selesa. Tapi bila survey harga Ya Allah, mahal jugak ye. Kang beli-beli tak menjadi, menangis je Fadzi. Jadi Fadzi cuba lah satu set balm yang agak murah sikit iaitu Tasneem Naturel Balm Set.


Tasneem Naturel Balm

Tasneem Naturel Balm Set

Tasneem Naturel Balm ini adalah balm yang Fadzi rasa sangat berguna untuk ibu bapa yang ada anak kecil ataupun bayi. Ianya digunakan untuk membantu mengurangkan masalah-masalah yang selalunya dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak seperti susah nak tidur malam, kembung perut, demam, selsema serta tantrum. 

Fadzi jadi tertarik nak guna Tasneem Naturel Balm ini sebab balm ini tak ada sebarang bahan kimia berbahaya terutamanya kepada budak-budak termasuklah paraben, SLS dan bahan pewarna. Balm ini dihasilkan menggunakan bahan semula jadi dan juga kombinasi  100% minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. 

Tasneem Naturel Balm ni pun dah dapat kelulusan daripada KKM. Jadi Fadzi tak risau bila nak pakaikan pada Aneeq. Dan ianya datang dalam empat jenis dan variasi bergantung kepada apa masalah dan keperluan anak-anak kita iaitu:


Tasneem Naturel Balm

Sleep Time

Sleep Time Balm ini tujuannya untuk membantu memudahkan anak tidur dengan lena, membaiki kualiti tidur serta membantu anak bangun dalam mood yang ceria

Balm ni Fadzi rasa memang antara banyak yang orang guna sebab nak bagi anak-anak senang tidur. Aneeq pun jenis tidur asyik terbangun tengah malam dan nap pun sekejap sekejap. Sesuai sangat nak pakai Sleep Time Balm ni kalau anak korang ada masalah tidur.
  
Tasneem Naturel Balm

CoughFlu Time

CoughFlu Time Balm ini boleh digunakan untuk membantu mengurangkan selsema dan mencairkan kahak, melegakan asthma serta mengurangkan suhu ketika anak-anak demam

Balm ini pulak sesuai kalau anak tengah demam, selesema atau bila dah mula nampak badan dia rasa tak selesa. Kalau rasa badan anak panas je, sapu je terus balm CoughFlu Time. Kalau dah nampak hidung diaorang mula berair tu, sapu juga bagi diaorang selesa.


Tasneem Naturel Balm

Calm Time

Calm Time Balm pula digunakan untuk memberikan keselesaan kepada bayi, mengurangkan keletihan dan tekanan serta membantu anak-anak supaya diaorang rasa lebih tenang

Sesuai sangat kalau nak sapukan balm ini masa anak mengamuk atau tantrum lebih-lebih lagi kalau diaorang buat macam tu masa korang tengah keluar berjalan-jalan. Masa sapu tu, urut-urut sikit badan diaorang bagi bertambah selesa.

Tasneem Naturel Balm

Tummy Time

Tummy Time Balm ini sesuai digunakan untuk membuang angin dalam perut dan membantu melegakan perut sebu dan kembung. Kalau ada masalh cirit birit pun, boleh juga kalau korang nak cuba sapukan balm ini. 

Disebabkan Aneeq jarang nak sakit perut jadi Fadzi tak berapa pakai kan sangat pada Aneeq balm yang ni. Tapi Fadzi buat back up jugak mana tau nanti Aneeq ada sakit perut ke apa kan. Dan kadang-kadang Fadzi sendiri yang pakai kalau Fadzi rasa perut tak selesa.  

Harga Dan Packaging Tasneem Naturel Balm

Setiap jenis Tasneem Naturel Balm dijual dengan harga RM49 sekotak untuk Semenanjung Malaysia dan RM52.00 sekotak untuk Sabah dan Sarawak. Kalau korang tengok kotak packaging dia alahai, comelnya. Simple pun simple. Balm pulak diletak dalam bekas botol kaca yang tebal bersaiz 18 gram berwarna lutsinar.

Tasneem Naturel Balm

Fadzi suka dengan saiz botol tu. Senang nak selit balm ni dalam beg Fadzi. Kalau Aneeq rasa tak selesa je bila keluar, Fadzi boleh terus keluarkan balm dari beg dan sapu pada Aneeq. Senang sangat.


Cara Guna Tasneem Naturel Balm

Nak guna Tasneem Naturel Balm ni senang je. Korang cuma perlu sapukan balm pada bahagian-bahagian seperti belakang tulang, pergelangan tangan, belakang telinga, perut dan nadi.  Pasal bau balm ni, korang tak perlu risau. Baunya sedap je. Mild dan tak terlalu kuat. Ada yang bau macam limau purut dan juga lavender. 

Kalau korang nak tau, selain digunakan untuk bayi dan kanak-kanak, set balm Tasneem Naturel ini pun sesuai digunakan untuk orang dewasa.  

Tasneem Naturel Balm

Korang nak tau? Aneeq ni suka sangat dengan Tasneem Naturel Balm. Kadang-kadang dia tak ada tantrum ke, sakit perut ke, demam selsema ke. Tapi dia ambil keempat-empat botol balm ni dan bawak ke tengah ruang tamu sambil panggil Fadzi.

Rupanya dia nak Fadzi tolong sapu pada belakang badan dia. Bila Fadzi sapu, dia pulak mengekek ketawa sebab geli. Lepas tu dia suruh Fadzi pulak yang baring sebab dia nak sapukan pada belakang badan Fadzi. Fadzi layan kan aje sambil buat-buat geli. 

Fadzi rasa Tasneem Naturel Balm ni pun selain boleh membantu mengurangkan masalah-masalah yang selalunya budak hadapi, boleh jugak digunakan untuk merapatkan bonding antara mak ayah dan anak. Tak caya? Cuba lah sendiri. 

Korang boleh beli dekat mana-mana stokis atau agen Tasneem Naturel Balm ni. Atau korang boleh je beli direct terus melalui HQ diaorang. Link korang boleh tengok dekat bawah.


Atau korang boleh juga hubungi nombor-nombor telefon dekat bawah ini untuk order atau untuk daftar jadi stokis dan agen.

011 2096 4665 (Order) | 010 8453 469 (Daftar agen/stokis) 

Siri Animasi Ejen Ali Musim 1

$
0
0
Siri Animasi Ejen Ali Musim 1 | Kalau korang jadi friend Fadzi dekat Facebook, mesti korang tau yang Fadzi memang suka gila dengan Siri Animasi Ejen Ali. Setiap kali episod baru Ejen Ali keluar dekat TV, mesti ada je Fadzi update status pasal Ejen Ali.


Siri Animasi Ejen Ali Musim 1
Ejen Ali sekarang dah masuk Musim Kedua. Fadzi rasa Musim Kedua ini lebih hebat lagi daripada Musim Pertama. Tapi kalau nak faham cerita Musim Kedua, korang kena tengok Ejen Ali Musim Pertama dulu. Kalau tak, banyak yang korang tak faham.

Siri Animasi Ejen Ali Musim 1

Siri Animasi Ejen Ali Musim 1 ini ceritanya pasal seorang budak sekolah bernama Ali. Ali ini kalau korang tengok, ala-ala Nobita dalam siri animasi Doraemon. Maksudnya Ali ni sejenis budak yang agak lembap sikit lah. Fizikal lemah dan belajar pun agak lemah. Selalu jadi mangsa buli. 

Satu hari, Ali terambil satu barang milik M.A.T.A iaitu I.R.I.S yang menyebabkan 2 orang jahat iaitu Dos dan Trez kejar dia. Masa Dos dan Trez cuba untuk serang Ali, Ali terpaksa mengaktifkan I.R.I.S untuk selamatkan diri. Dan bermula dari waktu itu, Ali pun terjebak dalam misi menyelamatkan Cyberaya dari ancaman musuh.



Konflik dalam Ejen Ali ini adalah orang jahat nak ambil I.R.I.S dan Ali terpaksa berlawan untuk melindungi I.R.I.S. Ketika Ali berlawan untuk melindungi I.R.I.S banyak perkara yang dia terpaksa belajar dan berlatih untuk meningkatkan kuasa diri. Setiap kali mesti ada je musuh baru yang terpaksa Ali lawan untuk lindungi I.R.I.S dan dalam masa yang sama melindungi Cyberaya. 

Selain daripada konflik dekat atas, Ali pun terpaksa berdepan dengan konflik dalaman diri iaitu pasal lemah belajar, pasal jadi mangsa buli dan pasal kurang kasih sayang daripada keluarga.   


Episod Ejen Ali Musim 1

Dalam Musim 1, ada 13 episod kesemuanya. Dekat bawah ni Fadzi cerita la sikit sinopsis bagi setiap episod. Spoiler Alert! Kalau nak tengok dulu dan tak nak tau jalan cerita, jangan baca yang bawah ni ok. Terus scroll ke part seterusnya hahahha.

Misi: I.R.I.S
Dalam episod I.R.I.S, Dos dan Trez telah mencuri I.R.I.S daripada Pusat Penyelidikan M.A.T.A. Ali pulak terambil I.R.I.S secara tak sengaja dan dia telah diburu oleh Dos dan Trez. Ejen Bakar yang juga ayah saudara Ali datang untuk selamatkan Ali. Tapi Ejen Bakar dan Ali tertangkap. 



Dalam usaha untuk selamatkan diri, Ali terpaksa mengaktifkan I.R.I.S. Akhirnya diaorang berjaya untuk selamatkan diri daripada Dos dan Trez. Ali dibawa ke basement M.A.T.A dan bermula menjadi ejen. 

Misi: ALPHA
Dalam episod ALPHA, Aaron tengah tunjuk ciptaan terbarunya kepada Dr Tong. Ciptaan Aaron mampu untuk mengawal minda orang lain. Dr Tong tak bersetuju tapi Aaron berjaya mengawal minda Dr Tong. 


Latihan Ali untuk menjadi ejen pulak bermula dalam episod ini di bawah Ejen Bakar. Ali juga diberikan suit dan gajet untuk membantu dalam menjalankan misi. Misi pertama Ali adalah untuk menyiasat apa yang terjadi pada Dr Tong dan melaporkan pada M.A .T.A.

Masa menjalankan misi, Ali tersalah langkah dan terpaksa berlawan dengan orang jahat. Walaupun dah ada I.R.I.S tapi Ali masih belum mampu untuk melawan musuh. Masa Ali hampir penat kalah, Ejen Rizwan datang dan menyelamatkan keadaan. Waktu Rizwan berlawan, Ali nampak kagum gila dan terus admire Ejen Rizwan. Aaron pulak dipecat oleh Dr Tong.   

Misi: SERI
Dalam episod SERI, Ali dan Bakar tengah menjalankan misi menghalang Komeng daripada merompak barangan berharga. Semasa Ali dikepung, ada Pengacau Bertopeng datang selamatkan Ali. Tapi Komeng berjaya menyelamatkan diri. 

Pada episod kali ini, Alicia yang juga seorang ejen M.A.T.A baru kenal siapa Ali. Ali dan Alicia adalah kawan sekelas tapi mereka selalu bergaduh. Dalam misi terbaru, Alicia telah menyertai misi secara rahsia. Tapi semasa misi, Ali dan Alicia bergaduh dan menyebabkan Ejen Bakar kena serang dan pengsan. Kemudian Ali dan Alicia digantung daripada menjalankan misi.  



Kemudian, Komeng kembali buat hal dengan merompak bank. Alicia dan Ali pergi untuk menghalang Komeng. Mereka berjaya menyelesaikan misi dengan baik. Tapi General Rama marah sebab diaorang buat misi secara senyap-senyap. General Rama terlalu marah pada Alicia sebab dari awal Alicia memang tak dibenarkan untuk menyertai mana-mana misi. Tapi Ali cuba untuk selamatkan Alicia dengan mengaku bersalah. 

Dalam masa yang sama, Dos dan Trez sedang memerhatikan setiap pergerakan dalam M.A.T.A menggunakan kamera yang dipasangkan pada robot lipas. 

Misi: COMOT
Dalam episod COMOT, Komeng berjumpa dengan Abang Bear untuk menyerahkan barang-barang curi. Wak Musang pun datang untuk menunjukkan video I.R.I.S kepada Abang Bear. Abang Bear nampak berminat.

Hari ini adalah hari lahir Ali. Ayah Ali tak ingat hari lahir Ali dan Ali pun jadi sedih. Masa tengah buang sampah, Ali nampak seekor kucing hampir kena langgar dek kereta. Ali pun selamatkan kucing tu. Ali nak jaga kucing tapi Ayah Ali tak bagi.



Tapi Ali terus nak jaga sebab dia ingat kucing tu adalah kucing lama diaorang iaitu Labu. Ayah Ali bekeras tak nak jaga dan cakap tu bukan Labu sebab Labu dah lari masa Mak Ali meninggal. Ali sedih tapi lepas Ayah Ali pergi kerja, Ali tetap nak jaga kucing tu dan namakan ia Comot. Tapi rupa-rupanya Comot curi I.R.I.S. Ali gelabah dan terus telefon Ejen Bakar.

Ejen Bakar dan Alicia datang untuk membantu. Mereka kemudiannya datang ke lokasi di mana I.R.I.S ada iaitu di markas Abang Bear. Waktu tu, Comot bagi I.R.I.S pada Abang Bear. Mereka cuba untuk masuk ke markas Abang Bear dengan menyamar tapi kantoi. Komeng lawan Ejen Bakar dan Alicia. Alicia cuba selamatkan Comot dan kucing-kucing lain yang terperangkap tapi gagal. Akhirnya Ali, Alicia dan Ejen Bakar tertangkap.

Masa Abang Bear dan Komeng cuba melarikan diri, Comot rampas semula I.R.I.S dan berikan kepada Ali. Mereka pun berjaya melepaskan diri. Kemudian baru mereka tau ada kamera perisikan musuh di dalam M.A.T.A.    

Misi: BLUEPRINT
Dalam misi BLUEPRINT, Dos dan Trez sekali lagi masuk ke basement M.A.T.A untuk mencuri blueprint I.R.I.S. Ejen Rizwan dan Ejen Bakar cuba menghalang tapi Dos dan Trez berjaya mencuri cryptodrive pertama dan melarikan diri. 

Kali ini, misi mereka adalah untuk memindahkan cryptodrive kedua ke tempat yang lebih selamat. Ejen Rizwan mengetuai misi untuk selamatkan  cryptodrive kedua. Ketika Ejen Rizwan tengah memeriksa  cryptodrive kedua, tiba-tiba lampu terpadam dan mereka diserang oleh Dos dan Trez. 



Dos dan Trez berjaya mengambil  cryptodrive kedua dan melarikan diri. Ejen Bakar, Ali dan Alicia pergi ke tempat di mana Dos dan Trez ada. Mereka cuba dapatkan blueprint I.R.I.S semula. Comot datang tolong. Comot berjaya melarikan blueprint I.R.I.S daripada Dos dan Trez. Masa Trez terus kejar Comot, Ejen Rizwan datang dan selamatkan keadaan.

Di akhir episod ini, kelihatan ada orang yang cuba download data daripada blueprint I.R.I.S yang dah diselamatkan. Dan orang tersebut adalah Ejen Bakar.   

Misi: BANGKIT
Dalam episod BANGKIT, Aaron berjaya melarikan diri daripada penjara. Aaron pergi ke pejabat Dr Tong dan curi balik ciptaan-ciptaannya. 

Ali pulak tengah gigih menjalankan latihan bersama M.A.T.A tapi masih lagi gagal untuk berjaya. Dalam belajar pun, Ali tak perform langsung. Bila ada panggilan daripada M.A.T.A, Ali tak berminat nak pergi.

Misi kali ini adalah untuk menyelamatkan Dr Tong. Ejen Bakar dan Alicia pergi tapi terlewat. Dr Tong telah bertukar menjadi perangai seorang bayi. Ejen Bakar datang ke rumah Ali tapi Ali menyorok.



Rupanya Ali dah putus asa. Ejen Bakar nasihatkan Ali. Ali pun datang ke M.A.T.A selepas Ejen Bakar dapat panggilan M.A.T.A. Misi seterusnya adalah untuk menyelamatkan Dr Ghazali. Dr Ghazali adalah ayah Ali. Ali nak ikut serta misi tapi General Rama tak benarkan. Ali berdegil dan terus ikut misi.  

Di pejabat Dr Ghazali, Aaron dah mengawal Dr Ghazali. Ejen Bakar dan Alicia cuba selamatkan tapi gagal. Masa Aaron cuba keluar dari pejabat Dr Ghazali, Ali datang untuk selamatkan ayahnya dan berjaya. Tapi Aaron berjaya dilarikan oleh Dos dan Trez. 

Misi: PROTOKOL GEGAS
Dalam episod PROTOKOL GEGAS, Ali dan Alicia ada misi untuk ekori musuh. Tapi Ali buat hal dan gagal. 

Misi seterusnya, Ejen Bakar, Ali dan Alicia pergi menyiasat lokasi punca masalah yang mereka alami sekarang. Semasa misi, mereka berpecah untuk siasat keadaan. Waktu tu Ali tanya pada Ejen Bakar pasal Protokol Gegas. 
   
Ejen Bakar cerita pada Ali pasal Protokol Gegas. Protokol Gegas pernah dijalankan masa misi 5 tahun lepas semasa keempat-empat Ketua Teras turun untuk buat misi. Misi tersebut memang bahaya dan Ketua Teras Inviso telah tercedera parah. Tempat tersebut dah nak meletup dan Ketua Teras lain terpaksa ambil Protokol Gegas dan tinggalkan Ketua Teras Inviso.



Alicia berjaya cari punca masalah. Dos dan Trez tengah buat masalah dekat salah satu rektor. Ejen-ejen berjaya menghalang Dos dan Trez untuk mendapatkan Azuream. Dos dan Trez kembali ke markas mereka dan Uno muncul. Uno bagi amaran pada Dos dan Trez supaya jangan gagal lagi.

Misi seterusnya ejen-ejen terpaksa berpecah dan siasat setiap lokasi stesen jana kuasa. Ali dan Alicia ditugaskan untuk siasat bersama tapi mereka bergaduh. Ali berjaya jumpa Dos dan Trez. Semasa cuba memanggil ejen lain, ada masalah komunikasi jadi Ali suruh Comot panggilkan yang lain.

Masa tengah berlawan, Ali dan Alicia bergaduh lagi dan menyebabkan Dos berjaya melarikan Azuream. Alicia pulak dalam bahaya. Ejen Rizwan yang sedang berlawan dengan Trez mengarahkan Ali menjalankan Protokol Gegas - meninggalkan Alicia dan menghalang Dos. Tapi, Ali tak ikut arahan dan selamatkan Alicia. Dos pulak terlepas dengan Azuream. 

Misi: PRESTASI
Dalam misi PRESTASI, M.A.T.A mula meragui kebolehan Ali untuk jadi ejen. Jadi General telah siasat dan soal setiap ejen dalam kumpulan untuk membuat keputusan sama ada untuk terus membiarkan Ali menjadi ejen atau hapuskan Ali.

Episod kali ini lebih kepada flashback episod-episod yang lepas. Dan bermula daripada episod kali ini juga, Ali telah diarahkan untuk berlatih di bawah Ejen Rizwan.

Misi: POTENSI
Dalam misi POTENSI, EJen Rizwan mula melatih Ali dengan lebih hebat. Dalam episod ini, Ejen Rizwan berjaya untuk mengeluarkan potensi Ali dan juga I.R.I.S. Ejen Rizwan juga melatih Ali untuk menggunakan I.R.I.S dengan lebih efisien.


Masa Ali dah mula menggunakan I.R.I.S 100%, Ejen Rizwan berpuas hati. Ali pun nak bagi Ejen Rizwan lolipop tapi Ejen Rizwan menolak. Katanya mereka di sini untuk menjalankan misi dan bukannya berkawan.


Ali pelik kenapa Ejen Rizwan bersikap keras hati lalu dia bertanya kepada Ejen Bakar. Ejen Bakar pun cerita yang sebenarnya Ejen Rizwan jadi macam tu sebab kehilangan mentornya iaitu Djin, Ketua Teras Inviso.


Pada hari latihan terakhir, Ali akan menjalankan misi latihan untuk mendapatkan Intel yang terkandung dalam server kumpulan Tedung. Semasa misi, Ejen Rizwan dan Ali berpecah. Tapi dalam diam sebenarnya Ejen Rizwan meninggalkan Ali untuk buat misi sendirian. Bila dah terkantoi dengan kumpulan Tedung, Ali cuba hubungi Ejen Rizwan tapi tak berjawab. Ali terpaksa menyelamatkan diri sendiri. 


Masa Ali hampir-hampir ditembak, I.R.I.S bertukar kepada Override Mode dan Ali berjaya menyelamatkan diri. 

Misi: SENSASI
Dalam misi SENSASI, Ali, Ejen Bakar dan Comot sedang menjalankan misi untuk hack telefon Wak Musang. Masa tengah buat misi, Komeng datang dan kejar Wak Musang. Ali dan Ejen Bakar pergi untuk dapatkan Wak Musang tapi masa tengah kejar Komeng, ada lori yang terjatuh dan hampir mengenai Auntie Fey. 

Ali berjaya menyelamatkan Auntie Fey. Waktu tu Auntie Fey tengah record video dalam phonenya dan terrakam sekali aksi Ali menyelamatkannya. Auntie Fey mula menviralkan video tu.


Bila video dah viral, Ali buat Page Waubook untuk Cyberwira dan mula menjadi popular. Masa perjumpaan M.A.T.A, Ali asyik dengan telefonnya dan menyebabkan General Rama marah.  

Masa tengah menjalankan misi pun, Ali masih bermain dengan telefon dia. Disebabkan Ali main phone masa misi, musuh lain telah datang dan merosakkan misi. Ejen Bakar perasan dan marahkan Ali main phone masa misi. Tapi Ali melawan dan buat Ejen Bakar terasa hati. 

Abang Bear buat jahat dengan menculik Viktor. Ali terpaksa selamatkan Viktor bersendirian sebab Ejen Bakar tak nak terima panggilan daripada Ali. Masa Ali hampir-hampir kalah, Ejen Bakar datang untuk selamatkan Ali tapi masih lagi berkecik hati dengan Ali. Akhirnya Viktor dapat diselamatkan.

Di akhir episod, masa nak masuk ke basement M.A.T.A. Ejen Bakar ditangkap sebab dituduh sebagai pengintip musuh. 

Misi: BUKTI
Dalam misi BUKTI, Ejen Bakar disoal sebagai seorang musuh M.A.T.A. Mereka juga tunjukkan video Ejen Bakar mendownload data daripada blueprint I.R.I.S. Ali masih tak percaya yang Ejen Bakar adalah pembelot sebab dia percaya Bakar tak akan belot dan nak tengok bukti. Tapi Ejen Jenny dan Ejen Rizwan tak bagi Ali tengok bukti.

Jadi, Ali curi-curi masuk ke dalam M.A.T.A. untuk tengok bukti itu. Ali berjaya melihat bukti dan kesan sesuatu yang pelik terjadi pada Ejen Bakar. Rupa-rupanya Ejen Bakar telah dikawal oleh Aaron. 

Dengan menggunakan data yang ada, Ali mencari tempat persembunyian Uno. Semasa Ali tengah cari maklumat, Ejen Rizwan masuk ke M.A.T.A. Ali sempat melarikan diri. Ejen Rizwan pula ternampak maklumat yang Ali tinggalkan.


Ali pergi ke tempat Uno dan siasat apa yang berlaku. Semasa Ali tengah siasat di lokasi Uno, Comot perasan ada orang nak masuk. Ali dan Comot sempat menyorok masa orang itu masuk. Rupa-rupanya orang itu adalah Ejen Rizwan. Ali serang Ejen Rizwan dan Ali mula meragui Ejen Rizwan. Dia ingat Ejen Rizwan adalah Uno.

Ali lari dari Ejen Rizwan dan bertembung dengan Dos, Trez dan Aaron. Ali tertangkap dan Aaron pakaikan Ali dengan mesin untuk memisahkan I.R.I.S. Sebelum sempat Dos mengaktifkan mesin, Ejen Rizwan selamatkan Ali.

Dalam masa Ejen Rizwan dan Ali tengah berlawan dengan Dos dan Trez, Uno muncul. Ali cuba serang Ali tapi gagal. Uno telah menyerang Ali dan Ali pengsan. Ejen Rizwan selamatkan dan membawa Ali lari. 


Misi: UNO
Dalam misi UNO, Ejen Rizwan sempat membawa Ali ke basement M.A.T.A. Ejen Rizwan mencadangkan untuk membawa Ali ke HQ supaya I.R.I.S dapat diselamatkan. Masa tengah berkomunikasi dengan General Rama, tiba-tiba ada gangguan dan Uno telah muncul di skrin. Rupa-rupanya Uno telah hack sistem sekuriti M.A.T.A.

Uno telah pecah masuk ke dalam M.A.T.A dan Ejen Rizwan arahkan Ejen Jenny untuk bawa Ali ke HQ. Tapi disebabkan laluan yang nak pergi ke HQ telah dipecahkan oleh Trez. Ejen Jenny cadangkan untuk pergi ke Bunker.


Sebelum masuk ke Bunker, Ali suruh Comot untuk dapatkan Ejen Bakar secara rahsia. Kemudian Ejen Jenny dan Ali turun ke Bunker. Ejen Rizwan pula pergi menghalang Uno, Dos, Trez dan Aaron. Waktu nak halang diaorang, identiti Uno telah terbongkar. Uno sebenarnya adalah Djin yang juga mentor kepada Ejen Rizwan. Ejen Rizwan nampak sangat keliru dan terkejut. 

Di dalam Bunker, Ali cuba untuk mengaktifkan Override Mode. Masa Ali baru nak bermula, Ejen Jenny telah bertindak untuk mencederakan Ali. Rupa-rupanya Ejen Jenny adalah pengintip musuh. 

Di akhir episod, Aaron, Dos dan Trez berjaya masuk ke Bunker dengan bantuan Ejen Jenny.  


Misi: OVERRIDE
Dalam Misi OVERRIDE, Ejen Rizwan dibelasah bertubi-tubi oleh Uno. Semasa Ejen Rizwan hampir kalah, Uno ajak Ejen Rizwan untuk sertai dia tapi Ejen Rizwan tolak. Dan Uno terus mencederakan Ejen Rizwan dengan teruk menggunakan pedang. 

Di dalam Bunker, Dos menyuruh Aaron pisahkan Ali dengan I.R.I.S. Tapi Aaron nak tunggu Uno. Trez tumbuk Aaron sampai pengsan. Jenny pasangkan mesin pemisah pada Ali. Sebelum sempat mesin dihidupkan, Comot datang. Trez cuba serang Comot tapi dibelasah oleh Ejen Bakar. 

Ejen Bakar tak mampu nak lawan Trez sorang-sorang jadi dia minta tolong Jenny. Lepas Jenny tumbuk Ejen bakar menggunakan droid, baru Ejen Bakar tau Jenny adalah pembelot. Comot serang Dos tapi telah dicampak oleh Trez. Ejen Bakar pulak teruk dibelasah oleh droid.

Uno akhirnya masuk ke dalam Bunker. Sebelum Jenny memulakan proses pemisahan, Ejen Bakar sempat tumbuk Uno. Uno pun serang Ejen Bakar sampai dia pengsan. Ali tak boleh terima kenyataan lalu Override Mode diaktifka secara tak sengaja. 


Ali berlawan dengan Uno. I.R.I.S mengawal segala network dan robot yang berada di sekelilingnya. Uno sedikit pun tak boleh nak lawan Ali. Uno cuma mampu untuk merosakkan segala droid yang ada. Msa Uno nak serang Ali, Ali telah merosakkan tangan robot Uno dan berjaya mengalahkan Uno.

Jenny berjaya mengawal droid dan menyebabkan Ali terperangakap. Jenny pakaikan mesin pemisah pada Ali dan berjaya untuk pisahkan I.R.I.S daripada Ali. Ali pengsan. Sebelum sempat Jenny bagi I.R.I.S pada Uno, Alicia sempat datang untuk menghalang. Comot telah mengambil I.R.I.S.

Jenny mengaktifkan bom dalam Bunker dan melarikan diri dengan Uno. Alicia berjaya selamatkan Ali, Comot dan Ejen Bakar.

Di akhir episod, Ali tersedar dari pengsan dan berada dalam biliknya. Ali terkejut sebab Ejen Bakar ada di sebelahnya. Masa berjumpa dengan General Rama, Ali ditawar untuk menjalani latihan di Akademi M.A.T.A. 

Masa Alicia nak serahkan I.R.I.S pada Ejen bakar untuk dihantar kepada HQ, Ali nak pegang I.R.I.S untuk kali terakhir. Masa nak pulangkan pada Ejen Bakar, Ali secara tak sengaja telah mengaktifkan I.R.I.S. semula. 


I.R.I.S

I.R.I.S atau "Infinity Retinal Intelligent System" adalah satu prototype ciptaan M.A.T.A. Tujuan utama I.R.I.S ini dicipta adalah untuk memberikan kuasa yang luar biasa pada pemakaiannya. I.R.I.S datang dalam bentuk kaca mata. 

I.R.I.S mampu untuk menganalisa persekitaran sesiapa yang memakainya termasuklah orang di sekeliling. I.R.I.S akan analisa pergerakan, jarak dan meramal apa yang akan terjadi serta beri cadangan apa yang perlu dibuat untuk mengalahkan musuh atau menghalang situasi yang buruk. 


Pemakai akan melihat segala maklumat tersebut melalui arahan berbentuk hologram yang ditunjukkan pada lensa I.R.I.S. I.R.I.S juga mampu untuk melihat persekitaran menggunakan X-ray. Disebabkan I.R.I.S adalah masih dalam bentuk prototaip, setiap kali Ali menggunakannya, semakin banyak kebolehan lain yang ditemui pada I.R.I.S.

Idea untuk menghasilkan I.R.I.S tercetus disebabkan terlalu banyak musuh yang datang menyerang Cyberaya dan dalam masa yang sama tenaga ejen pada waktu itu tidak mengcukupi untuk membanteras segala kejahatan. Jadi, Ketua-Ketua Teras telah bersepakat untuk mencipta satu alat yang mampu untuk memberi tenaga luar biasa kepada ejen-ejennya. 

Tapi, disebabkan Ketua Teras Inviso telah mengubahsuai I.R.I.S, ianya berpotensi untuk menjadi bahaya kepada siapa yang pakai. Sebab itu lah, projek I.R.I.S ditamatkan. Tapi disebabkan masih ada orang yang tau pasal kehebatan I.R.I.S, orang-orang jahat cuba untuk dapatkannya supaya dapat menguasai Cyberaya. 


M.A.T.A

M.A.T.A atau "Meta Advance Tactical Agency" adalah satu agensi perisikan di Cyberaya. Tiada orang yang tahu pasal M.A.T.A termasuklah polis di Cyberaya. Yang tahu cuma peneraju Cyberaya. Teknologi yang ada di M.A.T.A adalah 3 tahun lebih awal daripada teknologi di Cyberaya. Ini untuk memastikan M.A.T.A selalu lebih maju dalam bidang teknologi. 


M.A.T.A diterajui oleh 4 orang Ketua Teras iaitu Zain, Dayang, Ganz dan Djin pada masa dulu. Kini M.A.T.A hanya diterajui oleh 3 orang kerana Djin dikatakan telah terkorban semasa menjalankan misi. 

Teras M.A.T.A

Dalam M.A.T.A ada 4 Teras Utama iaitu Neuro, Tekno, Inviso dan Kombat. Keempat-empat teras ini mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing. Satu team yang lengkap mesti mempunyai ejen dari setiap teras. 

Neuro
Ejen-ejen di bawah teras Neuro ini paling berpengetahuan, pakar dalam menganalisa dan membuat rancangan. Diaorang akan dapatkan maklumat-maklumat yang berguna dan gunakan maklumat tersebut untuk mengatur strategi dalam menentang ancaman. Teras Neuro lebih dikenali dengan warna kuning.

Tekno
Ejen-ejen di bawah teras Tekno pulak merupakan pakar dalam teknologi. Mereka mampu mencipta peralatan canggih dan menjadikan senjata yang rumit. Diaorang mahir menggunakan gajet-gajet yang hebat. Teras Tekno lebih dikenali dengan warna merah.

Inviso
Ejen di bawah teras Inviso pula adalah ejen yang tangkas dan licik. Diaorang ni pakar dalam menggunakan helah dan penyamaran. Teras Inviso dikenali dengan warna hitam dan kelabu.

Kombat
Ejen di bawah teras Kombat pulak adalah ejen-ejen yang kuat dan handal berlawan. Mereka mahir dalam seni mempertahankan diri. Teras Kombat dikenali dengan warna biru.

Ha, bila korang baca entry ni korang rasa teruja tak nak tengok? Mesti excited kan. Serius kalau korang tengok ni, korang akan follow dari musim 1 sampai musim 2 sekarang ni. Korang boleh tengok siri animasi Ejen Ali ni di tonton.my ataupun dekat Yotube Ejen Ali.  



Watak-Watak Dalam Siri Animasi Ejen Ali Season 1

$
0
0
Watak-Watak Dalam Siri Animasi Ejen Ali Season 1 | Kalau korang jenis yang suka tengok kartun atau siri animasi, Fadzi nak cadangkan korang tengok siri animasi Ejen Ali. Korang jangan tak tau, siri animasi Ejen Ali ni adalah buatan Malaysia. Mula dengan Upin Ipin, Malaysia punya animasi memang bertambah power dari hari ke hari.


Ejen Ali Season 1

Fadzi memang follow cerita Ejen Ali ni dari Ejen Ali musim 1 lagi. Fadzi ni sebenarnya memilih sikit bab tengok kartun dan anime. Kalau jenis yang lukisan buruk, Fadzi memang tak suka tengok. Tapi kan, walaupun Ejen Ali ni hasil tangan orang Malaysia, Fadzi tak malu nak mengaku. Sebabnya memang cantik sangat dari segi kualiti lukisan, karekter, jalan cerita dan alih suara.

Fadzi ada cerita pasal info Ejen Ali Musim Pertama dan Ejen Ali Musim Kedua dekat sini - Siri Animasi Ejen Ali. In case korang masih blur-blur tak tahu cerita Ejen Ali ni pasal apa kan. Untuk entri kali ni, Fadzi nak cerita pasal watak-watak yang ada dalam Ejen Ali Musim 1. 

Watak-Watak Dalam Siri Animasi Ejen Ali Season 1

Watak-watak dalam Siri Animasi Ejen Ali Musim 1 ni ada 20. 20 watak ni kiranya agak utama dan selalu ada dalam scene.  

Ejen Ali
Nama: Ejen Ali
Teras: Tekno 
Ali adalah watak utama dalam cerita Ejen Ali. Ali ni sejenis budak yang macam Nobita dalam cerita Doraemon. Suka bangun lambat, lambat pergi sekolah, selalu fail exam, jadi mangsa buli. Umur Ali ni baru je 12 tahun. Kira kalau ikut sistem Malaysia betul, Ali akan ambil exam UPSAR lah kan. Tapi ramai yang anggap Ali umur 9 tahun sebab saiz badan dia kecil. 

Semuanya terjadi bila Ali terambil I.R.I.S dan dikejar oleh Dos dan Trez. Lepas tu Ali aktifkan I.R.I.S untuk selamatkan diri masa pertama kali kena serang dek Dos dan Trez. Jadi, nak tak nak, Ejen Ali terpaksa (dia suka sebenarnya) jadi ejen sementara M.A.T.A cuba nak pisahkan I.R.I.S daripada Ali. 

Tapi masa awal-awal jadi ejen, Ali ni bagi Fadzi annoying gila. Berlagak hebat walaupun sebenarnya tak pun. Mula-mula Ejen Bakar yang jadi mentor Ali tapi mungkin sebab Ejen Bakar tak tegas. Lepas Ejen Rizwan jadi mentor dia, baru Ali jadi power sikit. Tapi masih lagi annoying macam biasa.  

Senjata dan gadget yang Ali ada adalah I.R.I.S, yoyo yang boleh menghasilkan serangan berbentuk shockwave, sepasang Aero Boot yang membolehkan Ali melompat lebih hebat dan Kickscooter.  

Comot
Nama: Comot
Teras: Inviso
Comot ni asalnya kucing Abang Bear. Abang Bear ni ada banyak kucing. Kucing-kucing ni digunakan oleh Abang Bear untuk mencuri termasuklah Comot. Asalnya Comot curi I.R.I.S daripada Ali. Tapi disebabkan Ali selamatkan Comot daripada Abang Bear, Comot pun pergi kepada Ali. 

Masa pertama kali Ali jumpa Comot, Ali ingatkan Comot ni kucing lama dia yang dah lama hilang iaitu Labu (Kelabu). Rupa-rupanya bukan. Ali ingat Comot tu Labu sebab masa jumpa tu, Comot kotor sangat sampai badan jadi warna kelabu. Masa mula-mula Ali jumpa dan bawak balik Comot ke rumah, ayah Ali tak setuju nak jaga sebab katanya Ali tak pandai jaga. Tapi, last-last ayah Ali pulak yang layan Comot.  

Comot berkebolehan untuk menjadi halimunan. Dengan cara ini, Comot boleh menyerang hendap ataupun boleh menyelinap ke mana-mana tanpa orang lain nampak. Comot juga menyerang menggunakan kukunya. 

Ejen Bakar
Nama: Ejen Bakar
Teras: Kombat
Bakar ini sebenarnya adalah ayah saudara Ali, adik kepada ibu Ali. Dalam Ejen Ali, Bakar digambarkan sebagai ejen yang kuat, perasan handsome dan suka makan burger. 

Bakar ni boleh kira penyeri dan pak lawak dalam cerita Ejen Ali. Dia selalu bagi kata-kata semangat pada Ali kalau Ali down. Bakar ni tak habis-habis nak mengorat Dos (watak jahat) dari awal diaorang jumpa. Tapi Bakar ni sejenis macam Ali lah jugak, slow sikit dan lambat faham.

Senjata dan gajet Ejen Bakar adalah Plasma Armor. Ejen Bakar boleh gunakan perisai ini untuk menghalang serangan musuh. Tapi mostly, Ejen Bakar lebih kepada guna seni pertahankan diri. Tak banyak nampak dia guna gajet melainkan guna perisai untuk elak serangan musuh. Tapi Ejen Bakar ni serius kuat jugak.

Ejen Alicia
Nama: Ejen Alicia
Teras: Neuro
Alicia adalah anak kepada General Rama tapi General Rama tak suka Alicia masuk misi. Biasalah kan, ayah mana tak sayang anak. Takut anak cedera. Alicia ni sejenis yang nakal dan degil juga. Ada masa dia tak ikut cakap General dan pergi misi senyap-senyap.

Alicia juga merupakan classmate Ali. Pengawas pulak tu. Student yang pandai dan selalu dapat nombor satu dalam kelas. Awal-awal sebelum Ali jadi ejen, Alicia selalu denda Ali sebab buang sampah merata dan datang sekolah lambat. Alicia nampak sangat tak suka pada Ali lebih-lebih lagi bila Ali dah jadi ejen.

Alicia hebat dalam jalankan misi. Lincahlah melompat sana sini, elak serangan lawan. Tapi macam budak-budak lain, kadang-kadang dia selalu bergaduh dengan Ali dalam misi sampai menjejaskan misi. Alicia ni lebih kurang macam Ejen Rizwan juga- nampak sombong dan tak ada perasaan.

Senjata yang Alicia guna adalah Balistik dengan bebola elektrik. Bebola elektrik Alicia ada beberapa jenis - untuk jatuhkan dan perangkap musuh ke lantai, bom meletup dan bom asap.

Ejen Rizwan
Nama: Ejen Rizwan
Teras: Inviso 
Ejen Rizwan terkenal sebagai ejen paling hebat dalam M.A.T.A. Ejen Rizwan ni perangai dia nampak sombong, tak ada perasaan dan sentiasa tenang. Masa pertama kali Ejen Rizwan ada misi dengan Ejen Ali, cara Ejen Rizwan berlawan sangat santai. Tapi dia boleh kalahkan ramai pengawal dalam satu masa. 

Djin (masa masih dalam M.A.T.A) ataupun Uno adalah mentor kepada Ejen Rizwan. Sebelum ni Ejen Rizwan tak adalah sombong dan tak ada perasaan. Lepas saja Djin dikatakan mati 5 tahun lepas, Ejen Rizwan mula jadi macam tu. Terkilan kot sebab hilang orang yang dia hormat dan kagumi. Even selalu nampak dia macam tak ada perasaan, tapi masa episod last, baru Ejen Rizwan nampak ada perasaan bila Uno/Djin muncul. Dia macam tak percaya, konfius dan marah bila Uno/Djin datang balik dan belot pada M.A.T.A.

Ejen Rizwan ni ada satu perangai dia suka tiba-tiba muncul. Dalam tengah orang bercakap, tiba-tiba dia muncul. Dalam tengah genting ejen-ejen lain nak kalah, Ejen Rizwan tiba-tiba muncul untuk selamatkan keadaan. 

Lagi satu perangai pelik Ejen Rizwan, dia suka makan lolipop. Yang tak boleh terimanya, tengah berlawan dengan musuh pun masih sempat buka plastik lolipop dan makan. Lolipop kegemaran Ejen Rizwan berjenama Candy Pop.

Senjata yang Ejen Rizwan gunakan adalah sarung tangan yang boleh menghasilkan gegaran. Biasanya Ejen Rizwan akan target dua jari telunjuk dan jari hantu tepat pada titik lemah pada badan musuh. Selain tu, Ejen Rizwan juga akan gunakan batang lolipop yang dia selalu makan untuk campak dan tuju pada titik lemah musuh. Ejen Rizwan pun power bab-bab menyamar.    

General Rama
Nama: General Rama
Teras: Neuro
General Rama ni ayah kepada Alicia. Dia juga merupakan ketua kepada ejen-ejen lain. Biasanya General Rama tak turun padang, dia cuma berikan arahan melalui skrin. Tak pernah lagi General Rama keluar secara face to face dengan ejen-ejen yang lain.

General Rama pada asalnya nak hapuskan Ali sebab dia tau terlalu banyak pasal M.A.T.A. tapi last-last dia terima juga Ali dan bagi Ali pergi misi. Tapi mostly Ali memang selalu kena marah dengan General Rama.

General Rama punya trademark bila dia suka sebut "Bertindak segera!" dan "Deyyy!".

Ejen Jenny/Cinco
Nama: Ejen Jenny Woo
Teras: Tekno 
Ejen Jenny ni pakar dalam buat gajet-gajet yang menggunakan teknologi M.A.T.A. Orangnya sangat lembut, cakap pun sopan santun je. Ejen Jenny selalu buat muka bila Ejen Bakar puji diri sendiri depan ejen-ejen lain.

Kebiasaanya Ejen Jenny akan dilihat asyik pegang tablet dengan pen stylusnya. Dia juga selalu nampak dalam pusat penyelidikan M.A.T.A. je. Tak pernah nampak Ejen Jenny dekat luar. Tak pernah juga tengok Ejen Jenny sertai mana-mana misi dekat luar.

Tapi kan, masa episod akhir, rupa-rupanya Ejen Jenny ni pembelot. Dia dah ditugaskan oleh Uno untuk masuk ke dalam M.A.T.A. dan jadi pembocor rahsia. Isk isk isk. Semua orang tak percaya Ejen Jenny jahat sebab dia sweet sangat. Nama sebenar Ejen Jenny adalah Cinco.

Viktor
Nama: Viktor
Viktor adalah kawan baik Ejen Ali. Kawan sekelas Ali dan Alicia juga. Selalu dapat nombor dua dalam kelas. Viktor suka bermain game. Game favourite Viktor dan Ejen Ali adalah Detektif Jebat. 

Nampak Viktor ni macam tak kisahkan Ali pun even diaorang ni kawan baik. Sebab mata dia selalu menghadap game dekat tablet. Tapi kadang-kadang Viktor selalu bagi nasihat yang berguna untuk Ali.  

DR Ghazali
Nama: Dr Ghazali
Dr Ghazali adalah ayah kepada Ejen Ali. Dia juga salah seorang daripada peneraju utama Cyberaya. Kepakaran Dr Ghazali adalah dalam bidang komputer dan elektrik. Isteri Dr Ghazali atau mak Ali dah meninggal. Jadi Dr Ghazali sorang je yang jaga Ali

Tapi dalam masa yang sama, Dr Ghazali ni terlampau busy sampai tak terjaga Ali. Ali ni lebih kurang terabai juga lah sebab biasanya Dr Ghazali pergi kerja awal pagi dan balik kerja lewat malam. Hujung minggu pun masih bekerja.

DR Mala
Nama: Dr Mala
Dr Mala adalah salah seorang peneraju utama Cyberaya. Kepakarannya adalah dalam bidang kuasa dan tenaga. Tak banyak pun Dr Mala keluar dalam musim pertama ni.

DR Tong
Nama: Dr Tong
Dr Ting juga merupakan salah seorang peneraju utama Cyberaya. Kepakarannya adalah dalam bidang bioteknologi. 

Shaun & Syed
Nama: Shaun dan Syed
Shaun dan Syed adalah peljar sekolah yang sama dengan Ali. Kedua-dua ini kuat membuli budak termasuklah Ali.

Wak Musang
Nama: Wak Musang
Wak Musang adalah seorang penjual nasi lemak berdekatan dengan sekolah Ali. Dalam pada masa yang sama juga, Wak Musang menjadi seorang information broker. 

Watak Wak Musang ni keluar sekejap-sekejap je dan mostly dia keluar dalam keadaan menjual nasi lemak, berjumpa dengan orang jahat untuk bagi maklumat dan sebagainya. Di akhir season 1, Wak Musang kena tangkap dan dipenjarakan di dalam M.A.T.A. 

Uno/Djin
Nama: Uno/Djin
Uno adalah ketua orang jahat. Sebenarnya Uno ini adalah salah satu ketua teras M.A.T.A iaitu Djin - ketua teras Inviso. Tapi disebabkan Uno ada plan yang agak brutal untuk selamatkan Cyberjaya 5 tahun lepas, ketua-ketua teras lain bertindak untuk menghapuskan Djin. Tapi Djin berjaya untuk terus hidup, hilang tangan kiri dan berubah imej menjadi Uno.

Uno masa dalam M.A.T.A adalah mentor kepada Ejen Rizwan. Diaorang memang sangat rapat dan Djin adalah satu-satunya orang yang Ejen Rizwan percaya macam keluarga sendiri. Waktu tu Ejen Rizwan memang happy. Ejen Rizwan juga merupakan pelajar terbaik Djin. 

Tujuan Uno sekarang adalah untuk mendapatkan I.R.I.S dan mengawal mainframe M.A.T.A. Masa musim 1, Uno tak banyak keluar. Dia hanya keluar untuk berlawan pada 2 episod terakhir iaitu masa berlawan dengan Rizwan dan masa berlawan dengan Ali. Mula-mula orang tak tahu dia adalah Djin sebab dia pakai mask. Tapi bila berlawan dengan Ejen Rizwan, mask Uno pecah dan baru orang tau sebenarnya Uno tu adalah Djin.

Uno sangat hebat dalam seni berlawan. Dan kelebihan Uno adalah bermain pedang dan kelajuan. Uno boleh bergerak dengan sangat laju dan menggunakan asap hitam sebagai salah satu penyamaran untuk mengelirukan musuh.

Dos
Nama: Dos
Dos ni salah seorang watak jahat dalam Ejen Ali. Orang bawahan Uno. Boleh kata perempuan hot jugak lah. Fadzi suka dengan cara pemakaian Dos. Walaupun pakai body suit, tapi still tak nampak seksi. Warna ungu tu pun dah nampak betapa misterinya Dos ni. 

Dos ni seorang yang sangat fokus bila ada misi. Antara orang yang paling Uno percayakan. Dos seorang yang terror berlawan dan pandai menyamar. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Ejen Rizwan, Dos masih tak mampu nak lawan.  

Senjata yang dia gunakan adalah Velocity Boot yang boleh buat Dos lari laju dan lompat lebih tinggi, Shox Stix yang dijadikan sebagai pin rambut yang tajam yang boleh keluarkan kuasa elektrik. Shox Stix ni juga mampu untuk melumpuhkan musuh buat sementara waktu. Senjata Shox Stix ni sangat power lah Fadzi rasa. Siap Dos boleh panggil balik Shox Stix tu datang pada dia. 

Selain itu, Dos juga menggunakan Plasma Blade yang boleh mengeluarkan suhu dan cahaya yang panas berbentuk pisau. Plasma Blade ni boleh potong hampir semua jenis permukaan. Ada lagi satu senjata Dos iaitu Crystal Flash yang mana bola Dos campak benda tu, keluar cahaya putih untuk musuh jadi tak nampak sekejap.     

Trez
Nama: Trez
Trez ni boleh kata kuat lah. Sekali dia hentak guna tangan, keluar gelombang yang boleh lambungkan orang lain. Dia ni memang kasar gila dan suka buat perangai sendiri.

Senjata Trez adalah tangan bioniknya - Cybernetic. Tangan ni sangat powerful. Sekali dia hentak lantai, impak yang dikeluarkan boleh menghasilkan gelombang getaran. Selain daripada itu tangannya itu boleh mengangkat berat 10 kali ganda daripada kebolehan manusia sebenar. Tapi tangan ni ada kelemahan yang mana ianya perlu dicas untuk beri tenaga.

Uno ambil kesempatan merekrut Trez dengan menawarkan bateri untuk charge tangan Trez. Uno juga mampu untuk mengawal tangan Trez dan bagi kejutan elektrik kalau Trez melawan.

DR Aaron
Nama: Dr Aaron
Aaron merupakan seorang saintis yang bagi Fadzi ciptaan-ciptaan dia memang power tapi dia terlalu obses dengan teknologi sampai melampaui batas normal manusia. Dia ni seorang yang perangai pelik-pelik sampai masa sekolah, semua kawan-kawan dia tak boleh terima perangai dia. So, lebih kurang macam kena pulau jugak lah Aaron ni. 

Tapi disebabkan kehebatan Aaron merekacipta alatan berteklonogi tinggi, dia diambil bekerja dengan Dr Tong. Dan masa tu, Aaron ada tunjuk ciptaan terbarunya iaitu NeuroGear kepada Dr Tong. NeuroGear dicipta untuk mengambil alih kawalan diri dan membuang segala emosi serta terima apa saja arahan. 

Dr Tong tak bersetuju dengan ciptaan Aaron tapi Aaron mendesak sampailah Dr Tong marah gila. Bermula dari waktu tu, Aaron jadi orang jahat dan cuba nak ambil alih pemerintahan Dr Tong.

Uno perlukan kemahiran Aaron untuk buat mesin memisahkan I.R.I.S daripada Ali. Jadi, Aaron tiba-tiba masuk dalam kumpulan Uno.

Komeng
Nama: Komeng
Komeng adalah watak jahat yang kerjanya asyik mencuri dan merompak. Dia merupakan ketua kepada mamat-mamat motor yang selalu merompak barang-barang berprofil tinggi. Komeng bekerja untuk Abang Bear.

Komeng selalu menggunakan motor berkuasa tinggi untuk merompak, melarikan diri dan menyerang ejen. Saiznya pendek tapi semangat tinggi. 

Abang Bear
Nama: Abang Bear

Abang Bear ni adalah salah seorang watak jahat dalam Ejen Ali. Perwatakannya nampak macam orang tua yang slow tapi geng-geng jahat memang hormat pada dia. Satu je yang nampak pelik sebab Abang Bear ni takut bini.  

Kebanyakan masa Abang Bear ni tunggu Komeng datang untuk bawakkan barang-barang rompakan pada dia. Antara yang selalu Komeng bawak pada Abang Bear adalah barang kemas. 

Barang-barang kemas ini dirompak oleh sekumpulan kucing yang ada kuasa. Kucing-kucing ini telah diubahsuai genetiknya untuk memiliki kuasa yang luar biasa. Kucing-kucing ini dikawal menggunakan komputer. Kiranya kalau kucing-kucing ni buat hal, Abang Bear akan hukum diaorang dengan menggunakan kuasa elektrik. 

Ha tu antara watak-watak yang agak selalu keluar dalam Siri Animasi Ejen Ali untuk musim pertama ini. Ada lagi watak-watak lain tapi diaorang tak selalu keluar macam watak-watak yang dah Fadzi senaraikan dekat atas ni. 

Korang tengok ke tidak Ejen Ali ni. Kalau korang tak tengok lagi, baik korang tengok. Sebab serius cerita Ejen Ali menarik gila dan lain daripada siri animasi yang ada dekat Malaysia ni.

Korang mungkin akan suka: 
Siri Animasi Ejen Ali Musim 1

Cara Tambah Tinggi Cepat Dengan Hi-Plus

$
0
0
Cara Tambah Tinggi Cepat Dengan Hi-PlusPercaya tak kalau Fadzi cakap ketinggian dan rupa paras yang helok mampu buat korang lebih menyerlah dan lebih mudah untuk lulus temuduga, sertai pasukan beruniform, lebih mudah untuk jadi artis atau model dan jadi pramugari. Tambah lagi, orang yang tinggi-tinggi ini lebih yakin diri dan mudah mencari pasangan ideal nak nak lagi bagi seorang lelaki. 


Tips tinggikan badan

Fadzi ada baca bila dah umur dalam 20 ke atas, dah tak boleh nak tinggi dah. Sebab tu biasanya budak-budak seboleh-bolehnya dipaksa untuk minum susu. Katanya untuk membesar dan jadi lebih tinggi. Tapi sebenarnya ada cara yang korang boleh buat untuk tambah ketinggian walaupun korang dah berumur lebih daripada 20 tahun. Antara cara yang korang boleh buat untuk tambah ketinggian adalah:

  • Tidur yang mencukupi
  • Diet yang seimbang
  • Senaman khusus yang konsisten  

Tapi nak konsisten buat perkara-perkara dekat atas tu, bagi Fadzi susah kot. Ye lah, hidup kita kan busy. Banyak kerja. Selalu tidur lewat semata-mata nak siapkan kerja (Fadzi lah tu). Nak makan diet yang seimbang pula, mana sempat nak masak kan. Kalau nak makan makanan diet seimbang dekat luar pula, harga puhhh mahal. Nak buat senaman apetah lagi. Mana ada masa. Tapi korang boleh cuba satu suplemen tambah tinggi badan ni nama dia Hi-Plus. Senang, cepat dan berkesan. 


Cara Tambah Tinggi Cepat


Tambah Tinggi Dengan Hi-Plus

Hi-Plus adalah sejenis suplemen tambah ketinggian yang boleh digunakan untuk lelaki dan juga perempuan. Hi-Plus ini dikatakan boleh mempercepatkan lagi proses tambah ketinggian badan. 

Hi-Plus datang dalam bentuk tablet. Satu botol Hi-Plus ada 60 biji tablet yang boleh digunakan selama sebulan. Korang cuma perlu ambil satu tablet di waktu pagi dan satu tablet di waktu petang.


Suplemen Hi-Plus Selamat

Dalam website Hi-Plus ada cakap Hi-Plus selamat sebab dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti ekstrak susu soya, ekstrak spirulina, ekstrak Alfalfa, ekstrak buah epal hijau, ekstrak goji berry dan juga ekstrak daun zaitun.     

Selain daripada tumbuh-tumbuhan, dalam Hi-Plus ini juga ada bahan-bahan aktif seperti:

  • L-Arginine - Menggalakkan dan merangsang tumbesaran tulang dan metabolisme anabolik di seluruh badan
  • L-Lysine - Membantu badan menyerap kalsium dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, tulang dan tisu penghubung termasuk kulit, tendon dan rawan.
  • L-Glysine - Membantu proses pemulihan otot dan juga pembentukan tulang
  • Kalsium - Membekalkan tulang anda dengan sejumlah yang diperlukan untuk memaksimumkan pertumbuhan tulang dan ianya telah terbukti secara klinikal
  • Vitamin D - Merupakan vitamin penting yang membolehkan tubuh badan menyerap kalsium dengan lebih efektif


Nak rasa lebih yakin dan selamat? Kalau korang nak tau, Hi-Plus juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga sijil status Halal daripada JAKIM. Ia juga tidak ada sebarang kesan sampingan.


Cara Tambah Tinggi Cepat
 Nombor siri Kementerian Kesihatan Malaysia untuk suplemen Hi-Plus: 130317/02/152

Cara Tambah Tinggi Cepat
Sijil status Halal Hi-Plus daripada JAKIM


Testimoni Hi-Plus

Hi-Plus ini dikatakan boleh membantu korang dalam pelbagai cara dan yang paling utamanya ia dapat menolong:

  • Tingkatkan ketinggian dengan pantas
  • Jadi lebih bertenaga dan tidak penat
  • Bekalkan nutrisi pada tulang

Dah banyak testimoni daripada pengguna-pengguna Hi-Plus ni. Kata mereka, lepas amalkan Hi-Plus memang bertambah ketinggian mereka.

Cara Tambah Tinggi Cepat
 Testimoni Hi-Plus 1

Cara Tambah Tinggi Cepat
Testimoni Hi-Plus 2

Harga Hi-Plus

Okay, bila nak cerita pasal harga Hi-Plus, Fadzi macam terkejut sikit. Untuk mendapatkan tinggi badan idaman korang, korang kena invest RM179. Nampak macam mahal kan. Tapi sebenarnya berbaloi. Dengan harga RM179 tu, korang buka saja dapat sebotol suplemen Hi-Plus tapi juga 6 bonus dan free gift yang lain! 

Cara Tambah Tinggi Cepat

Dalam pakej ini korang akan dapat 1 botol suplemen Hi-Plus, 1 botol suplemen Hi-Max, 1 unit Buku Rahsia Tambah Ketinggian, 1 set Kad Checklist & Maklumat Nutrisi Untuk Tinggi, Siri Video Senaman Tambah Ketinggian, Jaminan Wang Dikembalikan Jika Tiada Penambahan Tinggi Badan dan Penghantaran Percuma! Serius sangat berbaloi harga tu dengan semua yang korang dapat. 

Tapi the trick is, korang kena cepat. Sebab harga RM179 tu adalah harga promosi. Hanya 200 orang pertama yang order akan dapat harga tersebut dengan segala pakej yang ada.

Bagi korang yang nak tambah tinggi badan tu, korang boleh capai tinggi idaman korang dengan mendapatkan Hi-Plus melalui website atau Facebook diaorang. Link Fadzi share dekat bawah.



Cara Kuruskan Badan Mudah Dengan Kopi Hijau Alana

$
0
0
Cara Kuruskan Badan Mudah Dengan Kopi Hijau Alana | Dah lama sebenarnya orang sekeliling Fadzi tegur Fadzi dah makin gemuk. Dari kawan-kawan, saudara mara sampailah ke kakak-kakak Fadzi. Semua Fadzi buat rilek je even ada yang tanya Fadzi mengandung ke. Tapi bila Ayah Fadzi sendiri yang tegur Fadzi dah gemuk, terus zappp Fadzi rasa nak kuruskan badan. Power kan kuasa seorang ayah ni. 

To be honest, Fadzi ni bukan jenis yang ada masa nak pergi exercise dan jogging pagi ke petang ke atau nak pergi ke gym ke zumba ke. Memang tak ada masa bila Aneeq asyik nak mengempeng je. Jadi, Fadzi cuba kuruskan badan dengan cara amalkan pemakanan yang sihat dan juga minum minuman Kopi Hijau Alana.

Cara Kuruskan Badan Mudah

Kopi Hijau Alana

Kopi Hijau Alana adalah satu serbuk minuman kopi yang dihasilkan daripada biji kopi hijau. Kalau nak dibandingkan dengan biji kopi biasa, biji kopi hijau lebih sedap dan berlemak. Biji kopi hijau ini tidak dipanggang dan tinggi kandungan asam kloronogenik yang meningkatkan kadar metabolisma badan. Ianya juga memberi tenaga untuk kekal cergas.

Selain daripada itu, Kopi Hijau Alana ini juga dikatakan boleh membakar lemak lebih cepat dan selamat. Ada feedback yang kata 1 minggu turun 2 kg. Itu yang Fadzi nak cuba jugak betul ke tidak ianya berkesan. 



Kalau tengok dekat webste Kopi Hijau Alana, diaorang dah jual lebih 400,000 kotak. Dan kalau korang perasan, brand Kopi Hijau Alana ini dah ada di beberapa media seperti Radio Era sebagai sponsor segmen Sketsa Johara, rancangan TV Al Hijrah, Surat Khabar dan juga iklan-iklan dekat Facebook.

Kelebihan Kopi Hijau Alana

Dekat website ada diaorang senaraikan kelebihan mengamalkan Kopi Hijau Alana. Antara kelebihan Kopi Hijau Alana adalah:
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membakar lemak berlebihan dengan cepat
  • Tingkatkan metabolisme badan
  • Menjadikan badan lebih segar dan cergas bertenaga
  • Mengawal selera makan
  • Tinggi anti oksidan untuk awet muda
  • Buang toksin dalam badan
  • Melancarkan sistem penghadaman

Packaging Dan Harga Kopi Hijau Alana

Kopi Hijau Alana datang dalam bentuk serbuk berwarna campuran putih, coklat, hitam dalam sachet. Satu sachet beratnya 20 gram. Korang boleh beli terus satu kotak yang mana dalam setiap kotak ada 15 sachets. Satu kotak berharga RM42.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM52.90 untuk Sabah Sarawak. 

Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Kopi Hijau Alana adalah kopi hijau, susu kambing, chia seed dan habbatus sauda. Kesemua bahan ini ada kelebihan dan khasiat tersendiri untuk membantu turunkan berat badan


Fadzi biasanya bancuh satu sachet dalam mug sederhana besar dengan air panas. Fadzi akan minum sebelum Fadzi makan sarapan pagi. Rasa Kopi Hijau Alana memang lain sikit kalau nak dibandingkan dengan kopi-kopi lain yang biasa Fadzi minum. Rasanya lebih berlemak. Tapi make sure korang jangan terlebih letak air panas. Nanti tawar je rasa dia. Fadzi pernah terlebih tuang air panas sekali. Menyesal tak sudah hahaha.   

Selain daripada minum Kopi Hijau Alana, korang kenalah jugak ambil makanan dan minuman yang kurang kuantiti gula, cukup tidur, banyak minum air kosong, makan dengan portion yang betul dan amalkan aktiviti bersenam untuk kuruskan badan.


Fadzi bab bersenam tu, lebih kepada buat kerja-kerja rumah dan layan Aneeq main bola hampir setiap hari. Kira memang berpeluh dan terbakarlah sikit lemak-lemak dalam badan ni. Boleh lah nak kuruskan badan sikit-sikit.

Bab pemakanan pula, Fadzi dah kurangkan minum minuman bergula. Makanan pun kalau Fadzi masak, memang dah kurang penggunaan gula dan garam. Breakfast Fadzi tak pernah tinggal. Paling koman pun makan roti kosong dengan air kosong je. Untuk lunch dan dinner pula, portion nasi mesti kurang daripada lauk-pauk. Sebelum setiap kali makan, Fadzi akan make sure untuk makan buah-buahan.

turunkan berat badan

Harapan Fadzi masuk tahun baru 2018 ni boleh lah turun berat badan dan kempiskan perut ni jugak. Fadzi sebenarnya dah tak selesa dengan berat badan Fadzi sekarang. Nak berjalan jauh tak larat. Nak buat kerja banyak, cepat penat. Harapnya dengan turun berat badan segarlah sikit rasa badan ni dan lebih bersemangat untuk buat lebih banyak aktiviti.

Korang boleh juga kalau nak cuba turunkan berat badan cara mudah dengan minum Kopi Hijau Alana. Beli je direct dekat Website atau Facebook dieorang. Link website dan Facebook Fadzi share dekat bawah.


5 Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018

$
0
0
5 Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018 | Masih berbaki 2 hari lagi sebelum kita melangkan masuk ke tahun baru 2018. Korang dah bersedia ke? Jujur Fadzi cakap Fadzi rasa agak gementar untuk masuk ke tahun 2018 nanti. Entah kenapa. Tapi sebelum masuk ke tahun 2018, Fadzi ada buat beberapa perkara untuk rasa lebih bersedia. 
Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018

Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018

Dekat bawah ini Fadzi kongsikan dengan korang beberapa senarai semak yang korang boleh ikut dan buat sebelum melangkah masuk ke tahun baru 2018. 


1. Semak Tarikh Luput Barangan Di Dapur

Cara yang paling mudah untuk semak tarikh luput barang-barang di pantry dapur adalah dengan keluarkan semua barang dan letak di atas meja besar atau di lantai. Cuci dan kemas bahagian pantry atau almari makanan sebelum bermula. 

Semak Tarikh Luput Barangan Di Dapur

Semak setiap barang yang ada dan tengok tarikh luputnya. Kalau sudah melepasi tarikh luput, buang terus ke dalam tong sampah. Kalau masih elok, kumpulkan barangan tersebut mengikut kategori. Sebagai contoh:

  • Barang kering diletakkan bersama barang kering yang lain seperti spageti dan bihun.
  • Barang dalam bentuk kotak diletakkan bersama seperti kotak santan, susu kotak dan serbuk koko. 
  • Barang makanan di dalam tin pulak disusun bersama seperti sardin, susu cair dan susu manis.
  • Barang-barang toiletries seperti ubat gigi, berus gigi, sabun mandi dan pencuci muka pula kumpulkan semuanya sekali
  • Barang-barang untuk mencuci seperti sabun basuh baju, cecair pencuci dan penyembur serangga letakkan bersama. 

Setelah semua barangan disemak tarikh luput dan disusun dalam kategori yang sama, korang boleh mula susun barang-barang tersebut di dalam pantry atau almari makanan. Korang boleh gunakan bakul, kotak atau rak untuk susun barang-barang itu dengan lebih cantik dan kemas.  

Jangan untuk semak tarikh luput makanan dalam peti sejuk juga. Tengok juga ada atau tidak lauk lama yang tersimpan dalam peti ais. Buang kan saja untuk elak sakit perut. 

2. Asingkan Baju Yang Sudah Tidak Muat/Tidak Mahu Pakai

Cuba korang tengok dalam almari pakaian korang atau almari pakaian anak-anak korang. Penuh tak? Semua baju memang pakai atau saja buat perhiasan dalam almari? Apa kata korang asingkan baju-baju yang masih boleh dipakai dan baju yang sudah tidak boleh dipakai atau baju yang korang sudah tak nak pakai. 

Asingkan Baju Yang Sudah Tidak Muat

Korang keluarkan semua baju yang ada di dalam almari dan yang tergantung. Asingkan dan susun elok-elok atas katil. Buat 3 bahagian. 

  • 1 bahagian pakaian yang masih nak dipakai. 
  • 1 bahagian pakaian yang sudah rosak dan tidak boleh dipakai. 
  • 1 bahagian lagi pakaian yang masih elok tapi korang dah tak nak pakai.

Pakaian yang korang masih nak pakai, lipat dan susun kemas-kemas dalam almari semula. Pakaian seperti jaket, baju kurung, baju Melayu dan dress pula lebih baik digantung saja. 

Pakaian yang sudah rosak korang boleh hantar ke pusat kitar semula atau ke H&M untuk tukarkan kepada voucher. Korang boleh guna voucher itu untuk beli baju yang baru. Pakaian dalam yang dah koyak rabak atau yang dah dipakai melebihi 3 tahun tu, dah boleh rasanya dibuang juga. Masa untuk upgrade pakaian dalam korang.

Dan pakaian yang masih elok tapi korang dah tak berminat nak pakai, korang bolehlah sedekahkan kepada saudara-mara atau orang yang memerlukan. Kalau nak buang, sayang. Betul kan? Kalau bagi saudara mara dapat pahala. Kalau jual, dapat duit. Pilihan di tangan korang. Banyak je sekarang ni platform untuk jual barang-barang preloved.

Kalau rasa korang boleh recycle pakaian yang dah tak boleh dipakai dalam rumah pun boleh. Korang boleh gunakan tuala yang sudah rosak sebagai pengesat kaki atau kain lap di dapur. Tudung dan shawl pula boleh dibuat sebagai alas meja.


3. Buang Atau Baiki Barangan Yang Rosak Atau Barang Yang Dah Lama Tak Digunakan

Simpan TV rosak dalam stor? Simpan lampu pecah bawah katil? DSLR dah lama tak pakai letak dalam beg? Bekas makanan dalam almari dapur dah pecah? Haih, biar betul korang ni. 

Buang Atau Baiki Barangan Yang Rosak

Keluarkan semua barang yang rosak. Buat pilihan sama ada nak buang atau nak dibaiki. Kalau harga untuk membaiki barang yang rosak itu lebih mahal daripada beli yang baru atau setengah harga daripada beli yang baru, pada Fadzi eloklah korang buang atau berikan kepada kedai-kedai yang membaiki barang. Kemudian beli yang baru saja. Lebih berbaloi.

Contohnya TV rosak. Kalau harga untuk membaiki TV itu separuh daripada harga membeli TV baru, korang tolak saja pada kedai-kedai membaiki alatan elektronik. Cuba untuk trade in. Mungkin boleh dan mungkin juga orang kedai tak mahu. Tapi apa salahnya kalau cuba kan?  

Untuk barangan yang dah lama tak digunakan pula, korang boleh buat pilihan sama ada untuk mula pakai, sedekahkan kepada saudara mara atau jualkan saja. Daripada kita simpan saja dan menyemakkan ruang rumah, lebih baik kita keluarkan. 

Sebagai contoh, baju anak-anak masa kecil dah banyak dan dah tak muat untuk dipakai. Daripada simpan bawah katil dan semakin menggunung, baik korang sedekahkan pada saudara-mara atau jual. Ye ye Fadzi tau korang simpan untuk anak yang seterusnya pakai. Macam Fadzi juga tapi Fadzi ni bila entah nak ada next baby. Huhuhuhu. Jadi baik lepaskan saja.  


4. Spring Cleaning Rumah/Tempat Kerja

Memang kebiasaannya kita kemas rumah dan pejabat kita. Tapi selalu tak kita cuci langsir tebal, cuci kipas siling, cuci lampu, cuci belakang dapur memasak, cuci belakang peti sejuk, cuci belakang peti ais, buang sawang tepi dinding?

Spring Clean

Kalau jawapan korang tak, inilah masa yang sesuai untuk buat semua itu. Ambil masa satu hari untuk buat kerja-kerja tersebut. Free kan hari tersebut daripada kerja-kerja lain, anak-anak dan juga off internet untuk elakkan gangguan. Lebih bagus lagi kalau ahli keluarga yang lain dapat tolong bersama. 

Kalau rumah korang besar, mungkin korang boleh ambil beberapa untuk buat spring clean mengikut bahagian. Contohnya, untuk hari Isnin korang kemas dapur sahaja. Cuci belakang peti ais, dalam peti ais, belakang dapur, belakang mesin basuh dan sental dinding serta lantai. 

Untuk hari Selasa pula, mungkin korang boleh kemas bilik. Cuci bawah katil, atas almari, sental dinding toilet serta lantai, cuci shower curtain, tukar susunan perabot dalam bilik dan sebagainya. Jangan lupa juga untuk cuci kipas, air cond dan sapu semua sawang. Dan seterusnya hari lain untuk bahagian rumah yang lain. Korang faham kan?  

5. Buat Senarai Rancangan/Azam Untuk Tahun Baru

Selain daripada bersiap sedia dengan persekitaran yang lebih baik, Fadzi pun ada membuat beberapa perancangan untuk tahun depan. Plan tahun baru ada, azam tahun baru pun ada. 


Plan tahun baru

Nanti Fadzi buat satu entry lain untuk kongsikan dengan korang azam tahun baru Fadzi. Untuk yang pelan tahun baru tu, mungkin Fadzi tak dapat nak kongsi sebab lebih kepada perancangan kewangan dan kerja. Susah sikit rasanya nak kongsikan.

Korang dah prepare perancangan untuk tahun depan? Seboleh-bolehnya korang sediakan plan sebelum masuk tahun depan. Baru korang tahu apa goal, apa step by step untuk mendapatkan goal tersebut dan seterusnya berjaya! Jangan lupa untuk merancang okay. 

Diharapkan dengan buat beberapa perkara yang Fadzi senaraikan di atas ini, Fadzi boleh rasa lebih bersedia untuk melangkah ke tahun baru 2018. Bukan setakat bersedia dari segi fizikal saja, mental pun kena. Untuk dapatkan mental yang baik, suasana persekitaran kenalah teratur juga. Jadi, korang dah check senarai semak di atas ni? Korang dah buat ke belum?

Dan of course Fadzi harapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk korang juga. Selamat Tahun Baru 2018 korang!


Azam Tahun Baru 2018 - Panduan Dan Idea Buat Azam Tahun Baru

$
0
0
Azam Tahun Baru 2018 - Panduan Dan Idea Buat Azam Tahun Baru | Alhamdullilah, dah masuk pun tahun baru 2018. Untuk hari pertama tahun 2018 ini, korang dah tau ke apa arah tujuan korang untuk tahun ini? Dah ada azam tahun baru? Ke masih tak tahu apa yang korang nak buat tahun ini?

Tahun Baru 2018

Kalau tak tahu apa azam tahun baru korang, tak ada masalah. Fadzi nak kongsikan dengan korang panduan serta idea-idea untuk buat azam tahun baru untuk tahun 2018 ini.

5 Panduan Buat Azam Tahun Baru

Lepas banyak tahun Fadzi cuba buat azam tahun baru dan cuba nak capai semuanya, banyak kali juga yang Fadzi gagal. Tapi lepas praktikkan beberapa panduan yang Fadzi dapat melalui pembacaan, tahun lepas Alhamdullilah banyak juga azam tahun baru yang Fadzi dah capai. Nah sedikit panduan untuk korang buat azam tahun baru cara Fadzi.

1. Azam/Matlamat Perlu Jelas
Azam yang korang buat mesti jelas. Pastikan masa korang nak buat azam tahun baru, korang menjawab soalan apa, kenapa, berapa, bagaimana dan sebagainya. Contohnya, azam tahun baru - jogging setiap hari. Nampak kan kurang jelas dekat situ?

Cuba korang spesifikkan sikit. 

Jogging setiap petang sebanyak 1 pusingan

Itu pun dah sudah cukup. Jadi, korang boleh set minda untuk turun berjogging setiap hari pada waktu petang sebanyak 1 pusingan. Kalau mampu, lebihkan pusingan. Itu lebih bagus.

2. Azam Yang Logik/Mampu Dicapai
Azam yang korang buat kenalah mampu untuk korang capai. Bagus kalau nak cuba keluar dari comfort zone sendiri tapi korang kena ukur baju di badan sendiri juga. Tengok mampu atau tidak.



Cuba bayangkan korang buat azam untuk kumpul RM1 juta di hujung tahun 2018. Tapi gaji korang cuma RM2500 dan tidak ada side income lain yang mampu membuat korang berjaya untuk mengumpul wang sebanyak itu di hujung tahun. Kena fikir apa yang korang mampu buat dulu okay?


3. Azam Tidak Membebankan
Bila buat azam tahun baru,  perkara yang korang nak capai itu mestilah tidak menyebabkan korang rasa sangat susah. Sebagai contoh korang buat azam untuk simpan duit sebulan RM1500 padahal gaji korang hanyalah RM2200. 

Lepas simpan RM1500, bayar sewa rumah, bil air bil elektrik, bayar kereta, duit korang tinggal RM100 untuk digunakan dalam masa sebulan. Tak kan nak ikat perut sampai sakit pula kan? Jangan disebabkan azam korang yang membebankan itu menyusahkan diri sendiri serta orang di sekeliling korang.  

4. Jadikan Perancangan Mencapai Target Sebagai Azam
Mungkin ramai yang tak berapa faham point ini tapi ini adalah perkara yang paling logik. Kita ambil contoh korang nak turunkan berat badan. Jadi korang akan tetapkan azam tahun baru adalah turun 10kg. Sebenarnya dekat situ yang kita silap.

Daripada menjadikan target korang untuk turun 10kg sebagai azam, apa kata korang tukar sikit. Korang jadikan PERANCANGAN untuk turunkan berat badan sebagai azam. Masih tak faham?

Okay macam ini. Apa yang korang nak buat supaya berat badan boleh turun? Exercise 30 minit 3 kali seminggu? Lebihkan makan ketika sarapan dan kurangkan makan ketika makan tengah hari dan makan malam? Bagus! Jadi itulah azam korang -  Exercise 30 minit 3 kali seminggu dan lebihkan makan ketika sarapan dan kurangkan makan ketika makan tengah hari dan makan malam. Dah faham? Good job!

5. Buat Senarai Semak Azam
Mungkin ini agak leceh bagi korang tapi pada Fadzi ini sangat penting. Kadang-kadang benda-benda yang tak bertulis ini lagi senang kita lupa atau buat-buat lupa untuk dibuat. Apa kata sediakan satu buku atau journal, dan setiap kali korang dah buat azam tersebut, korang tick kan saja.

Selain daripada nak ingatkan korang pasal azam yang korang cuba untuk capai itu, senarai semak ini pun boleh digunakan untuk korang post mortem bila dah sampai hujung tahun nanti. Baru korang boleh nampak dengan jelas sama ada korang berjaya capai azam tahun baru korang atau tidak.



Kalendar 2018



Azam Tahun Baru 2018 Fadzi

Dekat bawah ini Fadzi senaraikan antara azam tahun baru yang Fadzi cuba nak capai pada tahun 2018. Tahun lepas sebenarnya ada di antara azam yang tersenarai di bawah Fadzi buat tapi sekejap-sekejap. Tahun ini InsyaAllah nak konsisten. Korang boleh gunakan contoh-contoh di bawah sebagai idea azam tahun baru korang.

Ibadah
1. Solat Dhuha setiap hari
2. Baca surah Al-Waqiah setiap kali lepas Solat Dhuha
3. Baca satu muka surat Al-Quran setiap kali lepas solat fardhu
4. Puasa setiap hari Isnin dan Khamis

Kesihatan
1. Breakfast setiap hari 
2. Makan 1 senduk nasi dan lebih lauk
3. Makan buah setiap kali sebelum makan nasi
4. Tidur awal pukul 10 malam setiap hari
5. Bangun awal 5.30 pagi setiap hari
5. Exercise/jogging 30 minit setiap pagi
6. Bawa Aneeq main setiap petang satu jam
7. Tidur sekejap 15 minit sebelum waktu Zohor
8. Minum 1.5 liter air kosong setiap hari


Baca buku
Ilmu
1. Baca 3 buku setiap bulan
2. Belajar satu bidang ilmu/skill baru setiap bulan
3. Kongsi ilmu yang baru dibelajar setiap bulan di dalam blog
4. Satu hari satu entry blog

Ekonomi
1. Simpan RM50 sebulan dalam ASB sendiri dan Aneeq
2. Simpan RM50 sebulan dalam Tabung Haji sendiri dan Aneeq
3. Sedekah setiap bulan (tak boleh nak spesifik kan dekat sini huhuhu) 
4. Belanja keluarga atau kawan makan sebulan sekali
5. Dapat 5 lead daripada affiliate setiap bulan
6. Buat 4 job berbayar untuk blog dan social media setiap bulan
7. Masak setiap hari setiap waktu makan

Relationship
1. Cari waktu untuk dating dengan husband tanpa anak sekali sebulan
2. Lebihkan engagement dengan kawan-kawan di sosial media
3. Respon lebih kerap dalam Whatsapp group (benda yang bermanfaat saja)


Dekat atas adalah antara azam tahun baru yang Fadzi nak cuba capai pada tahun 2018 kali ini. Dan semestinya Fadzi akan gunakan journal untuk semak aktiviti yang Fadzi nak buat setiap hari. Harap-harap tahun ini lebih berjaya. 

Dan Fadzi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada korang semua juga. Semoga tahun ini lebih membawa banyak kebaikan, kemewahan, kebahagian dan keindahan. Aminnn.

Questions of the Day


Apa satu azam tahun baru 2018 yang korang paling nak buat untuk tahun ini? Dan apa plan korang untuk capai azam itu?
   

Cara Semak Akaun ASB Secara Online

$
0
0
Cara Semak Akaun ASB Secara Online | Biasanya bila dah masuk tahun baru, semua yang ada akaun Amanah Saham Bumiputeras (ASB) mesti tak sabar-sabar nak check akaun ASB masing-masing kan? 

Kalau sebelum ini cara untuk semak ASB agak mengambil masa sebab kena beratur di ejen-ejen ASB, tapi kali ini korang dah boleh semak akaun ASB secara online. Untuk semak Akaun ASB secara online, korang boleh pergi ke website portal ini - MyASNB.
  

Cara Check Akaun ASB Secara Online

Tapi sebelum korang boleh check akaun ASB secara online, korang mendaftar di Portal MyASNB dulu.


Cara Daftar Dengan Portal MyASNB

Fadzi kongsikan dengan korang cara-cara untuk mendaftar akaun MyASNB dekat bawah secara ringkas. Mudah saja.

Daftar Dengan Portal MyASNB

1. Daftar Atau Kemaskini Nombor Telefon
Pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB untuk mendaftar atau untuk mengemaskini nombor telefon terkini. Pastikan juga korang ada dapat nombor ahli yang baru. Nombor ahli yang baru itu ada 12 digit. Nombor telefon korang itu diperlukan masa nak terima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) masa mendaftar dekat website nanti.

Fadzi dah pun daftar dengan portal MyASBN untuk diri sendiri dan untuk Aneeq pada tahun lepas. Fadzi kemaskini nombor telefon melalui ejen ASB Maybank. Kalau korang nak update juga nombor telefon, korang boleh pergi update di mana-mana Cawangan ASNB ataupun Ejen ASB. Atau kalau tak berkesempatan untuk pergi, korang boleh update nombor telefon menggunakan email saja.

2. Daftar Di Portal MyASNB Dan Kemaskini Maklumat
Korang pergi ke lawan web https://www.myasnb.com.my/ dan klik butang "Daftar di sini"Korang dah boleh mula kemaskini segala informasi korang dalam web. Korang kena ingat masa daftar, akan diberi kata laluan sementara. Korang kena ingat atau save kata laluan itu untuk log in kali pertama nanti. 

Lepas log in kali pertama, korang kena tukar password sendiri. Jadi, pastikan korang tukar pasword yang betul-betul kuat. Untuk step by step cara daftar di Portal MyASNB beserta dengan gambar, nanti Fadzi update dekat entry yang lain okay?

3. Mula Melabur
Bila dah siap pendaftaran, korang dah boleh mula sama ada nak buat semakan atau pelaburan. Setakat ini segala perkhidmatan yang disediakan di web adalah percuma. Cuma kalau korang beli mana-mana pelaburan yang berkaitan, mungkin akan ada GST. Kena rujuk baliklah terma dan syarat setiap pembelian produk unit amanah saham ASNB. 

Antara perkhidmatan yang korang boleh buat melalui Portal MyASNB ini adalah:
1. Pegangan Portfolio– memaparkan baki akaun unit amanah ASNB anda berdasarkan kepada Nilai Aset Bersih (NAB) terkini.
2. Rekod Transaksi– memaparkan butiran-butiran transaksi unit amanah ASNB anda yang dilaksanakan melalui myASNB Portal sepanjang 90 hari yang lalu.
3. Status Transaksi– memaparkan status transaksi-transaksi yang dilaksanakan melalui myASNB Portal sepanjang 90 hari yang lalu.
4. Pelaburan Tambahan– melaksanakan pelaburan tambahan bagi tabung-tabung unit amanah ASNB secara atas talian.

Tapi perkhidmatan MyASNB tidak termasuk dana Jualan Balik, dana Pemindahan dan dana Penukaran untuk buat masa ini. 

Semak Akaun ASB 2018
Fadzi baru je check akaun ASB secara online pukul 7 pagi tadi. Alhamdullilah. Adalah sikit-sikit untuk tanggung kehidupan Fadzi masa tua nanti. Hehehe.

Semak Akaun ASB Secara Offline 

Sebenarnya tak ada masalah pun kalau korang masih tak nak semak akaun ASB secara online. Korang masih lagi boleh check secara offline di mana-mana kaunter ASBN atau ejen-ejen ASBN. Cumanya lepas ini buku akaun pelaburan dah tak dipakai lagi. Korang kena bawa MyKad korang je untuk buat segala urusan berkaitan dengan ASBN.

Bagi Fadzi, check sendiri melalui online lebih senang daripada kita kena beratur panjang-panjang dekat kaunter. Lagipun leceh bagi Fadzi untuk keluar buat urusan macam itu bila Aneeq ada sekali. Jadi memang berbaloi untuk korang daftar dengan Portal ASBN ini. Korang boleh check akaun ASB dekat mana-mana dan bila-bila masa saja. 

Tapi kalau untuk buat urusan tambah pelaburan, korang kena buat dalam waktu berikut:
Dana Harga Tetap
Hari: Ahad hingga Jumaat
Masa: 7.00 pagi hingga 6.30 petang

Dana Harga Berubah
Hari: Ahad hingga Jumaat
Masa: 7.00 pagi hingga 4.00 petang

Secara jujurnya Fadzi cakap Fadzi tak faham apa maksud Dana Harga Tetap dengan Dana Harga Berubah. Tapi apa yang Fadzi boleh nasihatkan, kalau korang nak buat apa-apa jenis transaksi, lebih selamat korang buat dalam jangka masa 7.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus call diaorang.  


Question of the Day


Korang dah ada akaun ASB? Dah check ke baki dalam akaun ASB korang untuk tahun ini? Atau korang lebih suka invest dalam benda lain selain ABS?


2 Hari 1 Malam Escape With Traveloka

$
0
0
2 Hari 1 Malam Dengan Escape With Traveloka | Dah lama Fadzi tak keluar lepak dan keluar lama-lama dengan kawan-kawan. Jadi bila ada peluang untuk menginap di salah satu boutique hotel yang sangat stylish dengan aktiviti-aktiviti menarik bersama komuniti blogger yang lain, Fadzi pun tak nak lepaskan peluang ini. 

Escape With Traveloka

Fadzi pun setuju untuk turut serta dalam staycation Escape With Traveloka di The Journal KL bersama-sama dengan komuniti The Butterfly Projects! Excited guys! Excited gila. Jom Fadzi kongsikan dengan korang apa yang Fadzi buat masa staycation Excape With Traveloka hari tu.   


Escape With Traveloka Day 1

Sabtu 

10.00 pagi
Dari pukul 10 pagi pendaftaran dimulakan. Fadzi sampai dalam pukul lebih kurang 10.30 pagi. Fadzi drive sendiri tau dari Shah Alam ke KL. Ini pertama kali Fadzi drive sendiri dalam KL. Takut pun ada sebab tak biasa. Jalan Shah Alam lagi senang daripada jalan KL. Tapi Alhamdullilah sampai jugak walaupun 2 3 kali salah masuk simpang ke The Journal KL Hotel.

The Journal KL

Waktu Fadzi nampak The Journal KL Hotel tu, Fadzi rasa kagum sangat. Bayangkan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur (Bukit Bintang to be exact) yang penuh sesak, masih ada tempat yang senyap, selesa dan terlindung macam The Journal KL. Weh, serius Fadzi kagum. 

Okay, lepas Fadzi parking kereta dekat tempat letak kereta di bawah bangunan The Journal KL, Fadzi pun naik ke Tingkat 1 untuk pendaftaran. Masa pendaftaran tu, kiteorang diberi goodie bag daripada Traveloka. Kiteorang pun diberi peluang untuk pilih aktiviti workshop yang akan diadakan petang nanti.

11.00 pagi
Dalam 11 pagi lebih dah makin ramai yang register. Ada muka-muka yang Fadzi dah kenal dan selalu jumpa dalam event lain. Ada juga yang Fadzi baru berkenalan dan yang bestnya, peramahnya lahai diaorang semua ni. Seronok memang seronok.

The Journal KL

Bila semua blogger dah sampai dan ready, kiteorang mulakan game ice breaking. Ye lah, ada lagi yang masih tak kenal antara satu sama lain kan. Ini lah waktu terbaik untuk berkenalan. Mula-mula kiteorang dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dalam kumpulan tu kiteorang mula ice breaking.

The Journal KL

Untuk game kedua pula, kiteorang dipecahkan kepada dua kumpulan. Kiteorang kene berbaris dalam line yang panjang dan pegang tangan antara satu sama lain. Orang pertama di setiap barisan akan buka mata sementara yang lain kena tutup. Bila dapat que untuk picit tangan, orang pertama akan picit tangan orang kedua, orang kedua picit tangan orang ketiga dan seterusnya. Dan orang terakhir yang dipicit tangannya akan tepuk pengadil di hujung barisan. Line mana yang tepuk dulu akan menang. And guess what, team Fadzi menang walaupun dah nak kalah di saat-saat akhir hahahaha. 

12.00 tengah hari
Lepas habis game yang fun fun, waktu untuk serius sikit. Untuk sesi ini, kiteorang diperkenalkan kepada jenama Traveloka, apps Traveloka dan juga kepada hotel The Journal KL.

Apps Traveloka

Introduction kepada Traveloka dan Apps Traveloka
Dalam sesi ini, kiteorang dapat penjelasan lebih lanjut tentang jenama Traveloka. Fadzi pun memang dah selalu dengan pasal Traveloka tapi tak pernah guna lagi. Dieorang pun ada juga jelaskan pasal Traveloka Apps. Menarik juga sebenarnya bila book percutian melalui Traveloka. Fadzi pun nak cuba juga nanti book percutian untuk tahun depan. 

Fadzi akan kongsikan lebih lanjut lagi pasal Traveloka dan apps Traveloka dekat entry ini xxx (Nanti Fadzi update link) 

The Journal KL

Introduction kepada The Journal KL
Untuk sesi ini pula, Big Boss The Journal KL sendiri turun untuk berkongsi cerita tentang The Journal KL. Bila dengar cerita dia pasal The Journal KL ni, Fadzi makin excited nak masuk bilik, nak ke lobi dan nak ke Kedai Kopi (restoran The Journal KL) dan explore lebih lagi pasal hotel ini. 


1.00 petang
Bila dah selesai sesi pengenalan kepada Traveloka, apps Traveloka dan juga hotel The Journal KL, masa untuk penuhkan perut dengan makanan. Kiteorang dibawa untuk makan tengah hari di Kedai Kopi yang terletak dalam The Journal KL juga tapi di ground floor. 

Kedai Kopi The Journal KL

Kedai Kopi ini sangat cantik. Kalau nak ambil gambar untuk Instagram sangat sesuai. Dekorasi dan susunan dalam Kedai Kopi pun cantik, kemas dan selesa. 

Makan tengah hari kiteorang hari itu ada buffet dan juga ada yang dihidangkan. Makanan buffet di Kedai Kopi banyak dan bermacam-macam jenis. Untuk main course pula, Fadzi pilih untuk makan Nasi Pilaf dengan Ayam.  

2.00 petang
Lepas habis makan tengah hari, kiteorang naik untuk check in ke bilik masing-masing. Fadzi dapat satu bilik dengan Onie! Dah lama tak jumpa Onie sebenarnya ni. Tak ingat bila last jumpa dekat event.

Mek Onie

Bila masuk je ke dalam bilik, ya Allah serius cantik sangat. Dekorasi dia ringkas je tapi selesa dan luas. Pilihan warna bilik pun menarik. Feature wall di belakang katil pun classy sangat. Toilet pun nampak mewah. Dan boleh nampak view KLCC daripada bilik Fadzi. Best best best!

Mestilah benda pertama yang Fadzi buat adalah ambil gambar bilik. Fadzi akan buat entry lain untuk review pasal The Journal KL saja nanti. Link dekat sini xxx (Nanti Fadzi update link)

3.00 petang
Lepas ambil gambar bilik dan bersiap semua, Fadzi pun turun balik ke Level 1 untuk join D.I.Y workshop.

D.I.Y workshop yang Fadzi pilih masa pendaftaran tadi adalah Traveller Leather Notebook. Dekat workshop ini kiteorang diajar untuk buat cover untuk passport menggunakan kulit. Serius rupanya susah nak buat benda ni. Siap kena ketuk-ketuk pakai hammer, kena jahit guna jarum besar dan kena asah bagi kulit jadi licin. 

Traveller Leather Notebook

Jadi , kalau korang nak beli apa-apa barang kulit yang dibuat secara manual dan tangan, jangan lah komplen mahal. Serius harga mahal itu berbaloi dengan kerja-kerja yang dibuat. Fadzi buat hari tu, sampai lenguh-lenguh tangan tau.

Dan nak buat benda ini memang ambil masa yang lama. Workshop kiteorang yang paling lambat siap. Workshop lain seperti Bathbombs & Essential Oils, Art Journaling dan Floral Watercolor dah siap, kiteorang tak siap-siap lagi. Tapi memang puas hati bila dah siap semua. 

Nasib baik kiteorang sempat curi-curi masa untuk makan petang. Duduk dekat sini makan je kejenya kan. Hahahha.  

7.30 malam
Bila dah siap buat Traveller Leather Notebook, Fadzi cepat-cepat naik untuk mandi dan tukar baju. 

Lepas tu, Fadzi turun dekat Kedai Kopi sekali lagi untuk makan malam pula. Makan malam kali ini buffet. Macam-macam Fadzi makan sebab tu lah badan makin naik. 

Santa Gift Echange Ceremony

Lepas makan pulak, ada Santa Gift Echange Ceremony. Masa ni kiteorang bertukar-tukar hadiah dengan roomate masing-masing. Fadzi dapat hadiah yang cukup best daripada Onie. Fadzi dapat satu set produk dari BodyShop! Wah, sayang betul nak pakai rasanya. 

Thank you Onie. Terharu sangat dapat produk BodyShop ni.  

9.30 malam
Lepas habis makan malam dan bertukar hadiah, dah boleh buat aktiviti bebas. Ada yang pergi keluar shopping dekat Pavilion dan kawasan sekitar. Ada yang stay back untuk enjoy performance dekat Kedai Kopi dan ada juga kumpul dalam bilik kawan-kawan untuk bergosip. Mesti korang dapat agak sape yang lepak bilik kawan untuk bergosip tu kan hahahahha. 

Di akhir hari Sabtu, fuh serius penat juga ya. Fadzi pun terus tidur sebab penat.  



Escape With Traveloka Day 2

Ahad

7.00 pagi
Pagi-pagi lagi Fadzi dah bersiap-siap. Bukan untuk pergi breakfast tapi sebab nak naik ke tingkat paling atas hotel untuk tengok kolam renang. Waktu Fadzi pergi dengan Onie, tak ada orang langsung dekat situ jadi memang kiteorang conquer terus satu area untuk ambil gambar. Onie pun ada bawa barang-barang review untuk ambil gambar juga.

The Journal KL
View infinity pool dekat tingkat paling atas di The Journal KL. Pool dia tak besar tapi cukup selesa.

Lepas puas ambil gambar, Fadzi pun turun ke Kedai Kopi. Bukan untuk makan lagi tapi untuk ambil gambar. Heheheh. Tapi pagi tadi kamera Fadzi habis bateri, tak sempat charge. Terpaksa guna phone saja. Gambar tak berapa cantik. Tapi boleh lah daripada tak ada langsung kan.

Lepas settle semua ambil gambar dan video dekat depan hotel The Journal KL dan Kedai Kopi, Fadzi baru mula sarapan. Makanan untuk breakfast pun boleh tahan sedapnya. Sambil makan, sambil borak-borak dengan blogger-blogger lain untuk kali terakhir. Sebabnya hari ini dah nak check out.

Dah kenyang dan habis berborak, Fadzi naik balik ke bilik untuk kemas-kemas apa yang patut. Nak tunggu waktu check  out pukul 11 pagi, ada lagi masa untuk lepak-lepak atas katil empuk. Rugi kalau tak duduk lama sikit.   

11.00 pagi
Bila dah nak dekat pukul 11 pagi, Fadzi dah siap-siap untuk check out. Kiteorang pass semula kad dekat receptionist dan balikkkk.

The Journal KL
Cuba tenogk dekat luar tu. Apa yang korang boleh nampak? Ada view KLCC tau dari dalam bilik Fadzi.

Overall, Fadzi suka gila dengan hotel The Journal KL. Walaupun letaknya di tengah-tengah bandar, tapi suasana dekat situ rasa aman dan selesa. Dekorasi di lobi, di Kedai Kopi, di hall depan bilik dan dalam bilik pun cantik-cantik semuanya. 

Dan best juga dapat satu bilik dengan Mek Onie. Banyak yang Fadzi belajar dari dia terutamanya dalam perihal ambil gambar review produk dan hotel. Fadzi tengok je cara Mek Onie buat kerja dan yes, Fadzi ambil apa yang Fadzi boleh aplikasikan dalam kerja blogging Fadzi.

Apa pun, Fadzi sangat enjoy dua hari satu malam Fadzi di The Journal KL bersama-sama komuniti Butterfly Project Malaysia dan Traveloka. Terima kasih semua yang terlibat. Harap next time boleh lagi join aktiviti macam ini.

Traveloka
Website: https://www.traveloka.com/ms-my/
Facebook: https://www.facebook.com/TravelokaMY/
Instagram: https://www.instagram.com/travelokamy/

The Journal KL
Website: http://www.kljournalhotel.com/
Facebook: https://www.facebook.com/thekljournal/
Instagram: https://www.instagram.com/thekljournal/

Butterfly Project Malaysia
Website: http://www.butterflyproject.my/
Facebook: https://www.facebook.com/ButterflyProjectMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/butterflyproject.my/


Tempat Menarik Dan Makanan Popular Di Malaysia

$
0
0
Tempat Menarik Dan Makanan Popular Di Malaysia | Korang rasa bertuah tak duduk dalam Malaysia? Fadzi rasa sangat bertuah sebab lahir dan dibesarkan di dalam Malaysia sebab banyak tempat-tempat menarik dan makanan yang sedap-sedap ada di sini. Tambah lagi Malaysia adalah salah satu negara yang masih selamat untuk diduduki.




Malaysia

Malaysia terbahagi kepada dua kawasan iaitu bahagian semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia. Di semenanjung Malaysia ada 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan manakala di bahagian Borneo Malaysia pula ada 2 negeri dan satu wilayah persekutuan.

Ibu negeri Malaysia adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Maksudnya segala urusan pentadbiran negara terletak di Putrajaya. Kalau korang tengok Putrajayapunya tempat, serius cantik gila.

Ketua negara Malaysia adalah Yang Dipertuan Agong. Yang dipertuan Agong ini dipilih secara turutan dari kalangan sembilan sultan atau raja negeri Melayu. Ketua kerajaan pula adalah Perdana Menteri. 

Malaysia ini letaknya berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika. Iklim tropika bermaksud Malaysia mengalami musim lembap dan musim kering sepanjang tahun.
  

Negeri-Negeri Dalam Malaysia

Dalam Malaysia kita ada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan.  


Peta Semenanjung Malaysia

Selangor
Selangor terletak di bahagian barat semenanjung Malaysia. Ibu negeri bagi Selangor adalah Shah Alam. Fadzi jugak sekarang ni tengah menetap di Shah Alam. Nama rasmi bagi Selangor adalah Darul Ehsan. Selangor terbahagi kepada 9 daerah.

Negeri Sembilan
Negeri Sembilan terletak di bahagian barat semenanjung Malaysia. Negeri Sembilan juga adalah negeri mak mentua Fadzi duduk. Eh tetiba hahaha. Ibu negeri Negeri Sembilan adalah Seremban. Nama rasmi bagi Negeri Sembilan adalah Darul Khusus. Negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih yang amna mementingkan kaum perempuan daripada kaum lelaki. Negeri Sembilan terbahagi kepada 7 daerah.

Melaka
Melaka terletak di bahagian barat semenanjung Malaysia. Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah. Ibu negeri Melaka adalah Bandar Melaka. Melaka tak ada sultan macam negeri-negeri lain tapi ianya diperintah oleh Yang Dipertua Negeri. Negeri Melaka terbahagi kepada 3 daerah.

Johor

Negeri Johor terletak di bahagian selatan semenanjung Malaysia. Ibu negeri Johor adalah Johor Bahru. Nama rasmi Johor adalah Darul Takzim yang bermaksud tempat perlindungan yang bermaruah. Johor terbahagi kepada 10 daerah kesemuanya. 

Pahang
Negeri Pahang terletak di timur semenanjung Malaysia. Kalau korang nak tau, Fadzi asalnya dari Pahang. Ibu negeri bagi negeri Pahang adalah Kuantan. Nama rasmi bagi negeri Pahang adalah Darul Makmur yang bermaksud tempat perlindungan yang tenang. Pahang merupakan negeri paling besar dalam semenanjung Malaysia. Ianya terbahagi kepada 11 daerah.

Terengganu
Negeri Terengganu terletak di bahagian timur semenanjung Malaysia. Ibu negeri Terengganu adalah Kuala Terengganu. Nama rasmi Terengganu adalah Darul Iman. Ianya terbahagi kepada 8 daerah. 

Kelantan
Negeri Kelantan terletak di Timur semenanjung Malaysia. Ibu negeri bagi negeri Kelantan adalah Kota Bharu. Nama rasmi bagi Kelantan adalah Darul Naim. Kelantan terbahagi kepada 11 daerah atau jajahan mengikut bahasa Kelantan. 

Perlis
Perlis terletak di bahagian paling utara semenanjung Malaysia. Ibu negeri Perlis adalah Kangar. Nama lain bagi Perlis adalah Indera Kayangan. Ianya merupakan negeri paling kecil dalam Malaysia. Perlis terbahagi kepada 3 daerah.

Kedah
Negeri Kedah terletak di utara semenanjung Malaysia. Ibu negeri Kedah adalah Alor Setar. Nama rasmi Kedah adalah Darul Aman. Kedah terbahagi kepada 12 daerah. 

Pulau Pinang

Pulau Pinang terletak di bahagian utara semenanjung Malaysia. Ianya juga terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka iaitu Seberang Pulau dan Seberai Perai. Kedua-dua bahagian ini disambung melalui 2 jambatan ataupun pengangkutan feri. Ibu negeri bagi Pulau Pinang adalah George Town. Nama lain bagi Pulau Pinang adalah Penang atau Pulau Mutiara. Ianya terbahagi kepada 5 daerah.

Perak
Negeri Perak terletak di utara semenanjung Malaysia. Ibu negeri Perak adalah Ipoh. Nama rasmi bagi Perak adalah Darul Ridzuan.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai KL terletak di tengah-tengah semenanjung Malaysia. Ianya dikelilingi oleh negeri Selangor. Terdapat 11 daerah.

Wilayah Persekutuan Putrajaya
Putrajaya terletak di tengah-tengah semenanjung Malaysia dan selatan Kuala Lumpur. Ianya dikelilingi oleh negeri Selangor. Ianya merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Nama asal Putrajaya adalah Prang Besar. Putrajaya terbahagi kepada 21 daerah (precinct).


Peta Sabah Sarawak

Sabah 
Sabah terletak di bahagian utara Bornea Malaysia. Ianya merupakan negeri kedu aterbesar di Malaysia. Ibu negeri Sabah adalah Kota Kinabalu. Nama lain bagi negeri Sabah adalah Negeri Di Bawah Bayu sebab kedudukan Sabah yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun. Sabah terbahagi kepada 5 bahagian dan 25 daerah.

Sarawak
Sarawak terletak di bahagian Borneo Malaysia. Ibu negeri Sarawak adalah Kuching. Nama lain bagi Sarawak adalah Bumi Kenyalang. Negeri paling besar di Malaysia. Sarawak terdiri dariapda 12 bahagian dengan 26 daerah. Dekat Sarawak ada 6 kumpulan etnik utama iaitu Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu. 

Wilayah Persekutuan Labuan 
Labuan terletak di Bornea Malaysia dan sekitar 10km dari pantai Sabah. Labuan terbahagi kepada 29 kampung. Ianya merupakan pulau terbesar dan mempunyai 5 lagi pulau kecil yang berada di sekitarnya.   

Dari apa yang Fadzi baca, beza negeri dengan wilayah persekutuan ini adalah cara ianya ditadbir. Kalau untuk negeri, ianya ditadbir oleh kerajaan negeri. Kalau wilayah persekutuan pula, ianya ditadbir oleh persekutuan dan diperintah oleh Yang Dipertuan Agong sendiri.


wilayah persekutuan

Dalam ketiga-tiga wilayah persekutuan ini, setiap satunya ada fungsi masing-masing.
Kuala Lumpur - ibu kota persekutuan.
Labuan - pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa.
Putrajaya - pusat pentadbiran persekutuan.


Tempat Menarik Di Malaysia

Dekat Malaysia ni banyakkkkk gila tempat menarik. Fadzi share sikit dengan korang tempat yang Fadzi rasa kalau tak pergi ke main attraction yang Fadzi senaraikan bagi setiap negeri di bawah ni, rasa tak sah pulak.


KLCC


  • Menara KLCC, Kuala Lumpur
  • Batu Caves, Selangor
  • Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Kota A Famosa, Melaka
  • Legoland, Johor
  • Cameron Highland, Pahang
  • Pulau Redang, Terengganu
  • Wakaf Che Yeh, Kelantan
  • Gua Kelam, Perlis
  • Pulau Langkawi, Kedah
  • Bukit Bendera, Pulau Pinang
  • Kellie's Castle, Perak
  • Gunung Kinabalu, Sabah 
  • Tugu Kucing, Kuching, Sarawak


Sebenarnya
banyak lagi tempat-tempat yang menarik korang boleh pergi dalam Malaysia. Untuk entry kali ini Fadzi cuma senaraikan satu tempat menarik bagi setiap negeri. Nanti dalam entry-entry yang lain, Fadzi akan cuba untuk senaraikan sebanyak mungkin tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi setiap negeri.  

Makanan Dan Minuman Popular Di Malaysia

Di bawah ini Fadzi ada senaraikan beberapa makanan yang popular dan selalu mendapat perhatian dalam Malaysia. Bukan untuk orang Malaysia je, orang luar bila masuk Malaysia mesti nak cuba juga.


Nasi lemak


  • Nasi Lemak
  • Roti Canai
  • Teh Tarik
  • Laksa
  • Nasi Kandar
  • Char Kuew Teow
  • Rojak
  • Sate
  • Mee Goreng Mamak
  • Cendol
  • Ais Kacang
  • Durian
  • Mee Kolok


Sejujurny
a Fadzi rasa masih banyak yang Fadzi tak tahu pasal Malaysia. Nak nak lagi tempat-tempat menarik, tempat makan best dan budaya di Malaysia ni. Tahun 2018 Fadzi plan untuk explore lebih lagi pasal Malaysia.

Kalau korang baca balik sejarah pembukaan setiap negeri termasuk wilayah persekutuan, menarik tau. Bila Fadzi nak buat pasal entry ni Fadzi banyak membaca balik sejarah-sejarah Malaysia. Ya Allah tak sangka memang menarik sejarah Malaysia ni. 

Kalau lah ada peluang, Fadzi rasa nak pergi travel setiap daerah dalam negeri di Malaysia, duduk dalam 2 3 bulan dekat situ dan explore setiap ceruk yang ada dalam daerah tu. Mesti seronok dan boleh belajar benda baru. Korang tak teringin ke nak buat macam tu?


Question of the Day

Korang asal dari negeri mana? Dan makanan tradisi apa yang paling rare dari negeri korang tu? Komen sikit dekat bawah, Fadzi nak tau. 

Majlis Pelancaran Produk STEA - Be Gorgeous & Healthy Everyday

$
0
0
Majlis Pelancaran Produk STEA - Be Gorgeous & Healthy Everyday | Semua orang nak cantik dan sihat sekarang ni kan? Disebabkan itu juga banyak produk-produk kesihatan dan kecantikan yang ada di pasaran sekarang ni. Cuma kita yang kena pandai pilih yang mana betul-betul sesuai dengan diri kite sendiri.  

Majlis Pelancaran Produk STEA

Majlis Pelancaran Produk STEA 

Baru-baru ini Fadzi diperkenalkan dengan satu jenama produk untuk kecantikan serta kesihatan dalam satu Majlis Pelancaran Produk iaitu STEA. Majlis Pelancaran Produk STEA telah pun diadakan di Hotel Concorde Shah Alam pada 6 Januari 2018.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengasas Jenama STEA, tetamu VIP serta artis jemputan yang juga merupakan pengguna produk STEA, Amylea Azizan.

Pengasas STEA - Puan Mastura Shah

Puan Mastura Shah adalah Pengasas STEA Teh Hijau. Pada asalnya Puan Mastura menghasilkan STEA Teh Hijau untuk kegunaan sendiri. Tapi disebabkan oleh keberkesanannya untuk menurunkan berat serta menguruskan badan, produk ini telah mendapat sambutan. 

Puan Mastura Shah dan suami

Puan Mastura turut memperkenalkan satu lagi produk di bawah rangkaian jenama STEA iaitu STEA Beauty yang memfokuskan kepada kesihatan dan kecantikan kulit wajah.

Tayangan Video Montaj Dan Pelancaran Produk

Dalam majlis yang sama, satu tayangan video montaj testimoni berkenaan dengan produk telah disediakan. Dan Fadzi nampak memang banyak testimoni pengguna-pengguna STEA Teh Hijau serta STEA Beauty ini termasuklah Puan Mastura sendiri.


Persembahan Nyanyian Amylea Azizan



Siapa yang tak kenal penyanyi yang dilahirkan daripada program Akademi Fantasia Musim Ketiga. Dalam Majlis Pelancaran Produk STEA itu, Amylea telah dijemput untuk menghiburkan kami semua dengan suaranya yang memang sangat sedap. Macam telan CD orang kata. Serius suara dia memang sedapppp.  

Amylea Azizan (Amylea AF)

Dalam masa yang sama, Amylea ada berkongsi yang dia juga mengamalkan produk STEA ini. 

Majlis hari tersebut memang meriah. Daripada EMCEE yang kuat menyakat orang, dengan crowd yang memang supportive hingga ke produk-produk STEA yang menarik. 

Yang lebih menarik, Fadzi berjaya menang hadiah daripada kuiz iaitu sekotak STEA Teh Hijau. Fadzi pun nak kurus juga hehe. Fadzi juga dapat sekotak STEA Beauty untuk dicuba sendiri keberkesanannya nanti. 

Majlis Pelancaran Produk STEA

Sempat juga Fadzi ambil gambar beramai-ramai dengan Puan Mastura, tetamu-tetamu VIP, stokis-stokis STEA dan juga rakan-rakan blogger yang lain.

Jenama STEA

STEA adalah satu jenama yang tak asing lagi di pasaran produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia. STEA disebut sebagai "es-ti". Jenama ini dah ada dalam pasaran sejak tahun 2014 lagi. Terdapat dua produk yang dihasilkan di bawah jenama STEA iaitu STEA Teh Hijau dan STEA Beauty.

STEA Teh Hijau

STEA Teh Hijau


STEA Teh Hijau adalah minuman teh hijau yag dihasilkan dariapda daun teh yang diperoleh daripada sumber berkualiti tinggi dari Jepun. Setiap daun teh hijau dipilih secara teliti untuk pastikan rasanya yang luar biasa dan segar. 

Dalam satu kotak STEA Teh Hijau ini ada 28 sachet. Setiap sachet beratnya 2 gram. Korang cuma perlu masukkan uncang ke dalam cawan dan isikan dengan air panas. Biarkan selama 3 hingga 5 minit dan dah pun boleh diminum.

Harga bagi sekotak STEA Teh Hijau adalah RM60.

Antara kelebihan STEA Teh Hijau ini adalah untuk kuruskan badan, mempercepatkan pembakaran lemak, melawaskan sistem pencernaan, kawal selera makan, anti oksidan, menambah tenaga dan buang segala toksin dalam badan.

STEA Teh Hijau sesuai diminum untuk setiap golongan. Tapi kalau korang ni ibu-ibu yang mengandung, lebih baik minum masa kandungan dah mencapat 5 bulan ke atas sebab kandungan 'matcha' dalam produk ini sedikit kuat. Takut sembelit pulak nanti. Ibu mengandung boleh amalkam STEA Teh Hijau ini dalam seminggu sekali. 

Untuk ibu menyusukan bayi pula, tak ada masalah untuk minum setiap hari. Malah ada antara pengamal STEA Teh Hijau kata produk ini menambah susu badan.  

STEA Beauty

STEA Beauty

Untuk STEA Beauty pula, satu kotak mengandungi seketul sabun dan sebotol serum untuk yang mampu untuk merawat masalah kulit wajah korang. 

Sabun STEA dirumus khas dengan serat daun teh hijau yang bertindak sebagai scrub setiap kali korang cuci muka. 

Serum STEA pula diformulasi daripada ekstrak teh hijau yang bertindak sebagai agen merawat kulit wajah yang rosak. Kandungan bahan lain yang terdapat dalam serum ini adalah aloe vera, kolagen dan stem cell apple. Teksturnya yang berbentuk jeli, tidak melekit dan menyejukkan memberi kesegaran pada wajah.

Satu set STEA Beauty berharga RM89.

Antara kelebihan set STEA Beauty ini adalah sebagai anti oksidan,  mengecutkan jerawat, menganjalkan kulit wajah, menghilangkan white heads dan black heads serta melembapkan kulit.

Dari apa yang Fadzi tahu, Puan Mastura bercadang untuk menghasilkan satu lagi produk di bawah jenama STEA. Fadzi tak sabar nak tahu sebab produk terbaru itu mesti ada kandungan dan khasiat terbaik daripada teh hijau. Kalau korang pun nak tahu pasal produk terbaru STEA atau nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan produk STEA Teh Hijau dan STEA Beauty, korang boleh follow diaorang rapat-rapat di:




The Journal Kuala Lumpur - Boutique Hotel Di Tengah Bandar Kuala Lumpur

$
0
0
The Journal Kuala Lumpur - Sebelum ni Fadzi pernah cerita pasal Fadzi join satu event travel Escape With Traveloka. Korang boleh baca dekat sini kalau berminat - 2 Hari 1 Malam Escape With Traveloka. Dan Fadzi ada tulis yang Fadzi nak review pasal hotel yang kiteorang duduk tu iaitu The Journal KL. 


The Journal KL


The Journal KL

The Journal KL ini adalah salah satu Boutique Hotel Di Tengah Bandar Kuala Lumpur. Hotel ni letaknya betul-betul dekat tengah bandar raya Kuala Lumpur. 

Tapi kan, kalau tengok persekitaran dan tempat hotel ni, mesti tak sangka ianya terletak dekat tengah-tengah KL. Sebab tempat ni tak jem pun. Memang banyak kereta park tapi rasa sangat selesa bila ada dekat sini.

Design hotel The Journal KL ini lebih kepada nostalgia zaman-zaman dulu dengan perincian, perabut dan suasana yang lebih moden. 

The Journal KL

Bilik yang Fadzi duduk hari tu bilik Deluxe Twin. Ada 1 katil Queen dan 1 katil Single. Bilik ni boleh muat nak tidur untuk 3 orang.  

Dekat meja katil tu siap ada jam loceng disediakan. Notepad buku 555 pun ada. Itu sweet gila sebab bila Fadzi tengok, terus teringat zaman dulu dulu pun pernah jugak Fadzi pakai buku nota 555 tu. 

Kalau ikut pada harga, bilik dia agak berbeza bergantung kepada sama ada sekali dengan breakfast ataupun tak. Dan kalau korang book dekat website diaorang, ada peluang untuk dapat harga lagi murah. Dekat bawah ni Fadzi listkan harga bilik Deluxe Twin setakat yang Fadzi tengok 10/1/2018 untuk weekend rate untuk 2 orang 1 malam.

Flash Deal - RM280
Without breakfast
Tak boleh batalkan atau ubah booking

Without breakfast -RM330
Boleh batalkan atau ubah booking

With breakfast - RM380
Boleh batalkan atau ubah booking

Korang tengok katil dia. Gebu. Serius best tidur atas katil dieorang. Rasa empuk habis. Cadar dan selimut putih bersih. Nak masuk dalam selimut pun Fadzi tak rasa risau kotor ke apa. Biasa kan kalau hotel, selimut belah dalam kotor. Fadzi jenis memilih sikit bila nak pakai selimut hotel ni.

The Journal KL

Dalam bilik ni lengkap ada TV 40' flat screen, meja dan kerusi, meja lampu, plug 3 pin dan multiple pin siap. Ada juga set teh, kopi dan elektrik kettle untuk masak air panas.  

The Journal KL

Dan paling best, diaorang pun sediakan peti sejuk kecil macam ni. Comel dan cantik. Sesuai kalau korang ada beli makanan atau air unutk simpan dekat dalam bilik.

The Journal KL

Satu lagi yang Fadzi berkenan sangat dengan hotel The Journal KL ni, wardrobe dia. Simple je. Ada tempat sangkut baju dan juga drawer. Bathrobe dan selipar pun disediakan sekali. Dan siap ada iron dan ironing board terus. Tak payah susah-susah nak request dekat staff hotel. Diaorang dah sediakan dekat setiap bilik.

The Journal KL

Fadzi suka gila dengan lantai diaorang. Sedap mata memandang. Sedap lagi kaki berjalan atas lantai ni. Fadzi memang plan nak buat lantai rumah macam ni nanti. Tapi tunggu simpan duit banyak-banyak sikit. Hehehe. Cantik gila kan?

The Journal KL

Dan yang paling best, tingkap bilik hotel ni besarrrrr. Sebesar-besar alam! Kalau korang perasan, semua gambar dalam bilik dekat atas, sikit pun Fadzi tak guna lampu. Cahaya semua datang dari natural light melalui tingkap besar ni. 

Dan kalau korang selak langsir, korang boleh nampak view KLCC dari bilik korang. Nampak tak betapa KL nya kawasan ni. Tapi korang tengok belah atas je lah ek. Belah bawah tu macam rumah orang kalau tak silap Fadzi. 

Bilik Fadzi ni dekat level 2. Jadi kalau korang duduk dekat level 1 pun, rasanya tak adalah bertentangan dengan bangunan sebelah ni pun. Jadi, view still cantik.  

The Journal KL

Jom terjah dekat toilet dia pulak. Dalam toilet dia lighting cantik. Clear semua benda. Dalam toilet dia disediakan segala tisu, handwash, shampoo dan body wash sekali. Korang juga akan disediakan dengan towel, kain lap kaki dan kain lap muka. Ada hair dryer sekali.

The Journal KL

Toilet seat bertentangan dengan sinki. So far selesa je guna toilet dekat sini. Toilet ni bersebelahan dengan shower.

The Journal KL

Tu dia shower bilik. Korang boleh pilih sama ada nak guna shower tepi atas shower belah atas. Kalau nak air lebih laju dan kuat, gunalah yang belah atas. 

Cuba korang tengok dekat belah kanan shower room ni. Nampak tak kaca tu. Sebenarnya, orang dekat dalam bilik boleh nampak korang tengah shower tu. So kalau korang nak ber'sexy time' dengan suami isteri korang, korang bukak lah curtain tu. Hahahahha.  

The Journal KL

Ini pulak bahagian pool dekat tingkat paling atas sekali. Fadzi pergi masa awal-awal pagi pukul 8. Waktu tu memang lengang, tak ada orang langsung. Memang conquer habis. Dan korang boleh nampak cahaya matahari naik. 

Tapi kalau korang nak tengok view cantik bercahaya, korang datang sini belah malam. Mungkin ramai orang kot. Pool dia kecil je tapi jenis ala-ala infinity. Siap ada kerusi untuk korang lepak semua.

The Journal KL

Dekat aras atas sikit, ada lagi ruangan untuk lepak. Tapi dekat sini bagi yang tak nak kena basah air pool, lepak lah belah sini. 

The Journal KL

Dekat sini pun ada disediakan bar. Mana tau korang nak buat party ke kan. So, boleh prepare air minuman semua.

The Journal KL

Tuala pool pun ada disediakan dekat sini. Tak payah susah-susah korang nak bawak pool dari bilik korang.

The Journal KL
Itu dia view depan pool. 

Sebenarnya banyak lagi area yang best untuk diambil gambar dekat The Journal Hotel ni. Restoran dia, ruangan untuk meeting dan event dia serta hallway untuk ke setiap bilik pun menarik untuk ambil gambar tau. Orang cakap tempat ni memang Instagramable lah!

So far, ini antara hotel yang Fadzi suka sebab bersih, cantik dan staff pun memang membantu sangat. Masa Fadzi nak naik lif, kad tak boleh nak touch. So, Fadzi terpaksa turun ke lobi dan minta tolong tengok kan. Sekejap je staff dia dah settle kan dan Fadzi dah boleh masuk ke bilik. 

Kalau korang rasa nak buat short gateaway, do come here. Enjoy bilik dan view KLCC malam-malam atau kalau korang nak pergi jalan-jalan dekat Pavilion atau shopping mall dekat-dekat sini pun boleh. Jalan kaki je pun tak ada hal. 

Kalau rasa malas nak keluar tapi korang nak entertainment, korang boleh enjoy open mic session. Waktu ni ramai artis-artis boleh kata underground datang untuk perform. Menarik weh.


Kalau korang berminat nak tau lagi lanjut pasal The Journal KL ni, korang boleh tengok website, Facebook atau Instagram diaorang. Fadzi share link dekat bawah.


The Journal KL
Website: http://www.kljournalhotel.com/
Facebook: https://www.facebook.com/thekljournal/
Instagram: https://www.instagram.com/thekljournal/

Peluang Menang Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih 1 Juta Dengan Kempen 'Wang Bersama Shopee'

$
0
0
Menang Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih 1 Juta Dengan Kempen 'Wang Bersama Shopee' | Shopee kalau tak buat hal mesti tak sah. Hahaha, tapi buat hal cara yang elok lah kan? Kali ini, Shopee buat hal dengan memperkenalkan kempen baru sempena dengna Tahun Baru Cina. Dah ready nak buang duit dekat Shopee?

Kempen 'Wang Bersama Shopee'

Shopee

Siapa yang tak kenal dengan Shopee, betul tak? Fadzi sendiri memang suka sangat shopping dekat Shopee ni sebab harga yang murah dan banyakpilihan serta mudah. 

Bagi yang masih tak tau Shopee tu apa, ia adalah platform e-Dagang di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka untuk memberi orang macam kita pengalaman membeli belah secara online dengan mudah, selamat dan cepat. Satu lagi yang Fadzi suka pasal Shopee ni, setiap kali ada perayaan dekat Malaysia ni, mesti diaorang akan buat kempen besar-besaran.

Dan bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan dirayakan pada 16 Februari nanti, Shopee sekarang mengadakan Kempen 'Wang Bersama Shopee'.

Kempen 'Wang Bersama Shopee'

Kempen 'Wang Bersama Shopee'

Kempen 'Wang Bersama Shopee' berlangsung selama 6 minggu iaitu bermula pada 15 Januari hingga 25 Fenruari 2018. Lama kan? Semasa Kempen 'Wang Bersama Shopee' ini berlangsung, korang berpeluang untuk menang macam-macam hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta!

Dalam Kempen 'Wang Bersama Shopee' ini, akan diadakan permainan "Fortune Ang Pao" dan Jualan Kilat Shopee. 

Kempen 'Wang Bersama Shopee'

Fortune Ang Pao

Permainan 'Fortune Ang Pao' akan memberi korang peluang untuk menang hadiah yang hebat-hebat berjumlah lebih daripada RM1 juta. Best kan? Nak join permainan ini senang je, korang cuma perlu mengambil bahagian dalam permainan ini bermula daripada 15 Januari hingga 23 Februari 2018.

Korang boleh menang Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Hadiah lain termasuk bank kuasa, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi.   

Jualan Kilat Shopeee

Kalau yang biasa dengan Shopee, korang mesti tau pasal Jualan Kilat Shopee ni kan. Sepanjang Kempen 'Wang Bersama Shopee', ada 5 kali Jualan Kilat Shopee yang akan dijadualkan sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee. 

Kempen 'Wang Bersama Shopee'
Nah code voucher untuk korannnnnnggg

Korang juga berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018). Semakin ramai pengguna yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang. 

Banyak kategori barang yang korang boleh beli dekat Shopee ni antaranya dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. 

Bukan setakat itu saja. Barang-barang daripada jenama-jenama besar pun korang boleh jumpa dekat Shopee tau. Ada lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk. 

Dan bersempena jugak dengan Tahun Baru Cina ini, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini.  

Kempen 'Wang Bersama Shopee'
Yang lagi best, Dato’ Joey Yap menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dari kedai dalam talian diaorang. 

Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaharu dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM23 dan RM116 dari capaian https://shopee.com.my/joeyyapstore. 

Ha, dah ready ke nak bershopping dekat Shopee sempena dengan Tahun Baru Cina kali ini? Fadzi selalu check tau Shopee ni untuk cari barang-barang best. 

Question of the Day

Korang pernah shopping dekat Shopee? Apa barang paling mahal korang pernah beli dekat Shopee? 


Supplement Untuk Kanak-Kanak - Al Fateh Junior

$
0
0
Supplement Untuk Kanak-Kanak - Al Fateh Junior | Tahun baru, suplemen baru. Ha gitu kekdahnya. Kalau ada antara korang yang tengah mencari-cari suplemen untuk anak-anak, korang kena baca entry ni sampai habis. 

Fadzi nak kenalkan korang dengan satu suplemen untuk kanak-kanak yang korang boleh cuba untuk anak-anak korang. Suplemen yang Fadzi nak kongsikan dengan korang itu adalah Al Fateh Junior. 


Supplement Untuk Kanak-Kanak - Al Fateh Junior

Al Fateh Junior

Al Fateh Junior adalah sejenis suplemen berbentuk pastil yang sesuai dimakan oleh anak-anak seawal usia 6 bulan hingga remaja. Dengan formulasi terbaru, ianya dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dengan kesan yang 3 kali ganda lebih cepat dan pantas kerana kandungan bahan aktif yang lebih tinggi. Ianya dihasilkan dengan gabungan perisa baru dan lebih kenyal serta padat. 

Al Fateh Junior dibuat di kilang yang mendapat pengiktirafan Green 5S. Produk ini juga telah mendapat status HALAL daripada JAKIM.

Al Fateh Junior

Tekstur Dan Rasa Al Fateh Junior

Suplemen Al Fateh Junior ni rasanya manis-manis buah dan kenyal. Tak macam suplemen kanak-kanak yang selalu ada di pasaran. Biasa suplemen lain macam bentuk gula-gula susu atau bentuk cecair. Tapi Al Fateh ni datang dalam bentuk pastil.

Kalau ada anak-anak korang yang suka makan gula-gula macam gummy bear tu, better korang bagi anak-anak korang Al Fateh ni sebab tekstur dia lebih kurang sama tapi manfaatnya serta bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Al Fateh ni jauh berbeza serta lebih berkhasiat. 

Bahan Kandungan Al Fateh Junior

Al Fateh Junior dihasilkan daripada gabungna madu, kismis, safron, gam arab dan delima. Di dalam suplemen ini pun ada juga kandungan Vitamin A dan Vitamin C.


Bahan Kandungan Al Fateh Junior

  • Madu - anti bakteria yang melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.
  • Kismis - menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda, membersihkan hati, mencerahkan mata.
  • Safronmembantu meningkatkan penghadaman, menambahkan selera makan dan membantu merawat sakit perut.
  • Gam Arab - membantu sistem penghadaman, sakit perut dan membantu kesihatan tulang.
  • Delima - meningkatkan imunisasi badan, menyokong pertumbuhan dan kesihatan struktur 

Packaging Dan Harga Al Fateh Junior

Al Fateh Junior datang datang botol yang mesra pengguna. Fadzi suka penutupnya melekat pada botol. Tak lah asyik hilang je. Penutupnya pula boleh buka walaupun korang pegang satu tangan je. Kan lagi senang. 


Al Fateh Junior

Dalam satu botol ada 30 biji. Jadi sebotol boleh makan untuk setengah bulan sebab makan dua biji sehari. Boleh je sebenarnya kalau korang nak jimat bagi anak korang makan sebiji sehari. Tapi kalau nak kesan yang lebih bagus, makan lah dua biji sehari. Sebiji makan di waktu pagi sebelum breakfast dan sebiji lagi di waktu malam masa perut kosong.

Untuk baby yang masih tak ada gigi untuk mengigit, korang boleh cairkan pastil ni dalam makanan ataupun minuman. Lagi senang. 

Harga untuk sebotol Al Fateh Junior ini adalah seperti di bawah.


Semenanjung Malaysia RM35
Sabah Sarawak RM38


Manfaat Al Fateh Junior

Banyak manfaat yang anak-anak korang boleh dapat kalau amalkan Al Fateh Junior ni antaranya adalah:

  • Kuatkan daya tahan diri
  • Tingkatkan daya ingatan dan hafalan
  • Buka selera makan
  • Tingkatkan kecerdasan otak
  • Hilangkan keletihan dan kelesuan
  • Tingkatkan kecerdasan fizikal
  • Lancarkan peredaran darah
  • Bantu sistem penghadaman dan pencernaan

Selain daripada Al Fateh Junior, ada lagi produk lain yang boleh korang beli iaitu Al Fateh Gold dan Al Fateh Candy. Yang Al Fateh Gold tu sesuai untuk korang yang berumur 25 tahun ke atas. Yang Al Fateh Candy tu pulak sesuai untuk semua golongan tak kira umur.

Al Fateh Produk

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut atau beli produk Al Fateh melalui website, Facebook atau Instagram. Link Fadzi share dekat bawah.


5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang

$
0
0
5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang | Fadzi last pergi ke Pulau Pinang untuk berjalan-jalan setahun yang lepas. Bulan September. Masa buang tebiat jalan-jalan pusing Semenanjung Malaysia dalam masa 2 minggu. Memang kerja gila tapi seronok! Dan antara negeri yang Fadzi rasa sangat menarik untuk dilawati dan nak pergi lagi adalah Pulau Pinang.  

Pulau Pinang adalah negeri yang sangat banyak architecture cantik-cantik. Tengok bangunan saja dah terpesona. Belum lagi tengok tempat-tempat menarik dekat sana. Meh, Fadzi nak kongsikan dengan korang beberapa tempat menarik di Pulau Pinang.

5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang 

Dekat bawah ni Fadzi senaraikan 5 tempat menarik di Pulau Pinang yang Fadzi rasa korang boleh kunjungi kalau datang ke sini.

Bukit Bendera

Bukit Bendera

Bukit Bendera atau pun nama lain adalah Penang Hill, rasanya tak asing lagi kot untuk Pulau Pinang. Kalau pergi ke Pulau Pinang untuk bercuti tapi tak naik ke Bukit Bendera, rasa macam tak sah pula, kan? Dekat Bukit Bendera ni korang akan guna train untuk naik ke atas bukit sambil tengok pemandangan kiri kanan yang penuh dengan flora dan fauna. 

Bila dah sampai dekat atas pula, korang akan jumpa pelbagai bangunan bersejarah, masjid yang cantik dan kuil yang unik. Ada juga beberapa viewing deck yang korang boleh duduk berehat dan tengok pemandangan keseluruhan Pulau Pinang. Memang cantik kalau hari tak hujan. Dekat Bukit Bendera juga korang boleh pergi ke Muzium Burung Hantu atau buat lukisan henna di tangan. 

Kalau lapar tak perlu risau, ada je kedai makan dekat sini. Tapi, kalau korang nak beli souvenir macam keychain atau fridge magnet tu, Fadzi cadangkan turun bawah nanti baru beli sebab dekat atas Bukit Bendera, harganya agak mahal. 

Escape Adventureland

Escape Adventureland

Escape Adventureland ni Fadzi baru tau kewujudannya. Bila Fadzi buat research pasal tempat ni, Fadzi rasa excited sangat nak pergi sebab dekat sini korang boleh buat aktiviti-aktiviti menarik dalam suasana semula jadi. Kalau jenis yang suka buat aktiviti outdoor, ini memang tempat yang paling best untuk korang pergi.

Antara aktiviti yang korang boleh buat dekat sini adalah seperti aktiviti panjat bertali contohnya abseiling, canyoning dan flying fox, turun bukit menaiki tube, bungee jumping, wall climbing, tree climbing, go-kart dan banyak lagi. Kesemua aktiviti ini nampak macam betul-betul menguji tenaga korang sambil berseronok.   

Korang boleh beli tiket untuk masuk ke Escape Adventureland ini melalui website diaorang saja untuk elakkan sebarang scam dan sebagainya. Waktu operasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Isnin. 

Made In Penang Interactive Museum

Made In Penang Interactive Museum

Kalau masa kecil-kecil dulu, bila dengar je mak atau ayah Fadzi nak bawak pergi muzium, mesti rasa macam whatttt? Muzium? Bosannya. Tapi kan sebenarnya, muzium sekarang ni banyak yang dah moden dan menarik terutamanya untuk budak-budak. Contohnya macam Made In Penang Interactive Museum.

Dekat Made In Penang Interactive Museum ini banyak lukisan-lukisan 3D yang menarik untuk korang ambil gambar. Lebih kurang 30 lukisan 3D yang nampak real yang dilukis oleh artis-artis tempatan dari Pulau Pinang. Korang boleh ambil gambar konon-konon tengah minum kopi dengan CM Lim Guan Eng, jual durian, pegang payung dan pakaikan henna kepada wanita India.    

Tiket untuk masuk ke Made In Penang Interactive Museum ini cuma RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.  

Fort Cornwallis

Fort Cornwallis

Kalau korang ada masa, singgah sekejap dekat Fort Cornwallis. Fort Cornwallis adalah satu tapak peninggalan sejarah yang berusia lebih 200 tahun. Fort Cornwallis ini berdekatan dengan Padang Kota Lama yang menjadi tempat orang bersantai. 

Dalam kubu ini ada beberapa binaan bangunan lama dan juga meriam yang masih kukuh dan dijaga rapi. Antara bangunan yang masih ada dan elok adalah tempat simpanan stor bahan letupan dan juga sebuah gereja kecil. Terdapat juga tugu peringatan Francis Light yang merupakan individu yang bertanggungjawab membina Fort Cornwallis.  

Dekat Fort Cornwallis ni lebih kepada nak tengok peninggalan sejarah-sejarah lama dan bangunan-bangunan lama. Kalau korang jenis yang suka aktiviti outdoor lasak, mungkin tak berapa sesuai untuk korang kot. 

Cheong Fatt Tze Mansion

Cheong Fatt Tze Mansion

Pertama kali Fadzi nampak gambar dekat website Cheong Fatt Tze Mansion, terus Fadzi jatuh cinta dengan warna bangunan dan seni reka bentuknya. Dengan nama jolokan The Blue Mansion, korang boleh lepak dekat sini dengan suasana yang moden tapi berlatarbelakangkan konsep dan seni bina zaman dulu. 

Cheong Fatt Tze Mansion ini bukan saja menawarkan pilihan tempat tinggal yang menarik tapi juga menawarkan pilihan menu makanan Penang yang penuh dengan perbezaan budaya. Selain itu, korang juga boleh join daily tours yang mana korang akan dibawa berjalan dan menikmati keindahan bangunan serta sejarah Cheong Fatt Tze Mansion.     

Dekat Cheong Fatt Tze Mansion, korang boleh pilih sama ada nak tinggal dalam 4 jenis pilihan bilik iaitu The Han Suites, The Liang Collection, The Ming Collection atau The Tang Suites. Apa yang Fadzi boleh cakap, keempat-empat pilihan bilik ini mempunyai susun atur dan reka bentuk yang berbeza antara satu sama lain. Dan sangat menarik untuk korang stay.     

Setakat yang ada dalam senarai 5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang ni, cuma satu tempat je yang Fadzi pernah pergi iaitu Bukit Bendera. Sebelum Fadzi tak tau pun ada tempat-tempat seperti Escape Advertureland, Made In Penang Interactive Museum dan Cheong Fatt Tze Mansion. Fadzi rasa tempat-tempat tu memang menarik untuk pergi tengok dan cuba aktiviti-aktiviti yang ada dekat situ.

Tapi, bila dah sampai ke Pulau Pinang, mesti ada soalan-soalan yang Fadzi dengan Zul mesti duk bertanya non-stop:

Where to stay in Penang? Where to eat in Penang?

Selaku tukang research, mestilah Fadzi punya kerja mencari tempat tinggal dan tempat makan dekat Pulau Pinang ni. Kerja Zul senang je, tukang drive, tukang keluar duit dan tukang tanya where to stay in Penang? Where to eat? What to do here? Where to go next? GPS please?  

Tahun lepas kitaorang pergi Pulau Pinang terus, tak ada planning sangat. Google sikit-sikit dan terus pergi. Rugi jugak sebab tak banyak tempat yang kiteorang pergi. Hotel pun duduk hotel yang cikai-cikai. Lepas ni, bila pergi Pulau Pinang lagi sekali, Fadzi dah tau nak check dekat mana bila Zul tanya nak tidur dekat mana, boleh refer dekat sini - Where to stay in Penang.

Fadzi tak puas lagi nak berjalan dalam Malaysia ni tau sebab banyak lagi tempat yang Fadzi tak jejak. Sekarang ni pun tengah mencari-cari lagi tempat-tempat menarik dalam Malaysia untuk pergi. Kalau korang pun tengah mencari tempat menarik di Malaysia, boleh tengok infographic dekat bawah ni.
   Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations
Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations. View the interactive version here
.

Valentine's & Chinese New Year Set Dinner Di Bintang Revolving Restaurant, The Federal KL

$
0
0
Valentine's & Chinese New Year Set Dinner Di Bintang Revolving Restaurant, The Federal KL | Dah masuk bulan Februari dah kita. Cepatnya masa berlalu. Dan dalam bulan ini juga, kita akan sambut Chinese New Year dan juga Valentine's Day.

Fadzi tau masa Chinese New Year dan Valentine's Day ramai orang akan mencari tempat-tempat yang best untuk makan di hari besar ini. Selalu juga Fadzi jadi tempat orang tanya mana tempat makan yang menarik untuk Bufet Ramadan, Chinese Year dan sebagainya. Jadi kali ini, sempena dengan Chinese New Year dan Valentine's Day, Fadzi nak cadangkan Dinner Set Bintang Revolving Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur.


Bintang Revolving Restaurant, The Federal KL

Bintang Revolving Restaurant, The Federal Kuala Lumpur

Fadzi baru tau Bintang Revolving Restaurant yang terletak di The Federal Kuala Lumpur ini adalah restoran berputar pertama yang ada di Malaysia. Dekat sini, korang boleh nampak pemandangan Kuala Lumpur 360 darjah. Serius nampak cantik pada waktu malam. Siap boleh nampak KLCC, Menara Kuala Lumpur dan hampir seluruh bandar Kuala Lumpur. 

Bintang Revolving Restaurant terletak dekat tingkat 18 The Federal Kuala Lumpur. Bagi yang kurang biasa dengan lantai bergerak macam ni, mungkin korang akan rasa kurang selesa sikit pada awalnya. Tapi lama-lama korang akan boleh sesuaikan diri dengan keadaan lantai berpusing ini.  

Fadzi suka dengan restoran ini sebab meja dan kerusi limited dan jarak antara satu meja dengan meja yang lain luas. Privacy antara setiap orang yang makan dekat sini memang terjaga. 

Lampu-lampu yang digunakan di sini agak malap tapi sesuai untuk makan malam yang romantis dengan pasangan korang pada waktu malam. 


Bintang Revolving Restaurant, The Federal KL


Valentine's & Chinese New Year Set Dinner Di Bintang Revolving Restaurant

Pada bulan Februari ini, Bintang Revolving Restaurant akan menawarkan dua set dinner untuk merayakan Hari Tahun Baru Cina dan Hari Valentine. Setiap dinner set akan ada 5 course meal. Setiap menu untuk set dinner ini adalah berbeza. 


Valentine's Set Dinner

Valentine's Set Dinner (RM288 nett per pasangan)
Untuk set Valentine's Set Dinner, korang akan dapat menikmati set dinner 5 course. Set dinner ini hanya boleh didapati pada 14 Februari dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.


Valentine's Day Set Dinner
Appertizer - Carpaccion De Salmon
Untuk pembuka selera, korang akan dapat menikmati Carpaccion De Salmon. Dalam menu ini korang akan dapat rasa salmon segar yang diperap dan salad segar. 

Ini kali pertama Fadzi makan salmon segar. Takut juga sebenarnya awal-awal tu nak makan sebab fresh salmon kan. Tapi bila dah diperah dengan lemon, sedap rupanya. Rasanya sedikit manis. Kalau nak kombinasi lebih rasa masin masin manis sikit, pastikan korang makan sekali dengan capers (biji-biji hijau).   


Valentine's Day Set Dinner
Soup - Broccoli & Potato Soup with Roasted Almond
Broccoli & Potato Soup with Roasted Almond adalah sup yang akan dihidangkan di dalam dinner set ini. Malang sekali Fadzi tak sempat nak rasa sup ini, jadi Fadzi tak dapat nak komen rasanya macam mana.

Sherbet - Lime Sherbet
Korang juga akan dapat menikmati Lime Sherbet untuk dinner set Valentine's Day ini.


Valentine's Day Set Dinner
 Surf N Turf 


Valentine's Day Set Dinner
Baked Tenderloin in Fillo Pastry with Mushroom Stuffing

Main Course - Surf N Turf ATAU Baked Tenderloin in Fillo Pastry with Mushroom Stuffing
Untuk main course, korang boleh pilih sama ada nak menu Surf & Turf ataupun Baked Tenderloin in Fillo Pastry with Mushroom Stuffing. 

Dalam menu Surf & Turf, korang akan dihidangkan dengan Udang Galah Thermidor dan Dada Ayam Bakar beserta Sos Cendawan Liar. Ianya adalah kombinasi makanan laut dan daging. Saiz lobster yang dihidangkan just nice dan surprisingly ada cendawan dalam lobster tersebut. Perapan pada dada ayam pun cukup rasa. 

Dalam menu Baked Tenderloin in Fillo Pastry with Mushroom Stuffing pula, korang akan dihidangkan dengan daging tenderloin dibakar serta cendawan dalam pastry. Menu ini adalah favourite Fadzi! Mula-mula Fadzi tak perasan dalam kulit pastry ini ada daging tenderloin. Bila dah potong kulit pastry tu, baru nampak daging tenderloin tu. Rasa dia dah memang sedap tak perlu makan dengan sos pun dah cukup. 


Valentine's Day Set Dinner
Dessert - Passion Fruit Mousse with Berries
Untuk dessert pula, korang akan dapat menikmati Passion Fruit Mousse with Berries. Biasa makan pencuci mulut manis kan? Ha, kali ini pencuci mulut masam-masam gitu. Mousse ni agak lembut dan gebu. Bahagian bawah base tu crust lembut. 

Beverage - Freshly brewed Coffee/Honey Lemon Tea
Untuk minuman korang boleh pilih sama ada nak Kopi atau Honey Lemon Tea.

Itu adalah 5 menu yang ada dalam Valentine's Set Dinner. Menarik kan? Overall dalam set ini Fadzi paling suka Baked Tenderloin in Fillo Pastry with Mushroom Stuffing (recommended!) dan Passion Fruit Mousse with Berries. Bagi yang pertama kali nak cuba makan fresh salmon, Carpaccion De Salmon tu pun a must try tau.

  

Chinese New Year Dinner Set

Double Happiness Set Dinner (RM138 nett per person)
Untuk Double Happiness Set Dinner pula, terdapat 5 course yang korang akan nikmati. Korang boleh mula book untuk menikmati set dinner ini bermula Januari dan Februari dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam. Untuk Kid's Menu pula harganya RM78 nett untuk seorang.   


Chinese New Year Dinner Set
Appertizer - Seafood Glass Noodle with Honey Plum Sauce
Untuk pembuka selera, korang akan dihidangkan dengan hidangan makanan laut dengan glass noodle serta sos honey plum. Korang jangan ingat udang tu je satu seafood yang ada dalam menu ini. Di bawah timbunan salad dan glass noodle tu sebenarnya lebih banyak seafood yang ada. Tapi menu ini agak pedas dan sedikit masam.


Chinese New Year Dinner Set
Soup - Double Boiled Chicken & Lotus Soup with Chinese Herbal
Ini bukan pertama kali Fadzi cuba sup herba cina tapi so far Fadzi suka Double Boiled Chicken & Lotus Soup with Chinese Herbal. Ayamnya empuk dan kepingan teratai agak ranggup. Supnya pula rasa manis-manis kurma. 

Sherbet - Lime Sherbet
Seperti Valentine's Dinner Set, korang juga akan dapat Lime Sherbet untuk Double Happiness Dinner Set.


Chinese New Year Dinner Set
Oven Baked Rack of Lamb with Garlic Brown Sauce

Chinese New Year Dinner Set
Grilled Salmon with Honey Light Soya

Main Course - Oven Baked Rack of Lamb with Garlic Brown Sauce ATAU Grilled Salmon with Honey Light Soya
Untuk main course pula, korang boleh pilih sama ada nak Oven Baked Rack of Lamb with Garlic Brown Sauce ataupun Grilled Salmon with Honey Light Soya.

Dalam menu Oven Baked Rack of Lamb with Garlic Brown Sauce, korang akan dihidangkan dengan daging kambing dengan sayur segar dan berney potato. Fadzi suka menu ini sebab rasa sos masuk dengan daging kambing. Dan bila Fadzi makan berney potato tu, rasa macam cair dalam mulut. Serius sedap.

Dalam menu Grilled Salmon with Honey Light Soya pula korang akan dihidangkan dengan hirisan salmon yang tebal, nasi butter dan cendawan enoki. Perapan pada salmon just nice dan tak terlalu kuat sampai rasa salmon tu hilang. Dan butter rice tu macam makan nasi orang kenduri kahwin. Sedap. Kalau jenis makan tak boleh tinggal nasi tu, kena order yang ini tau. 


Chinese New Year Dinner Set
Dessert - Nuttela Tartlet with Strawberry
Untuk pencuci mulut, korang akan dapat menikmati Nuttela Tartlet with Strawberry. Fadzi rasa dessert ini akan jadi favourite semua orang. Siapa yang tak suka kan Nuttela kan? Tambah pula dibuat tart Nuttela. Rasa manis Nuttela dengan masam masam manis buah strawberry dan tart yang ranggup. Tak ada siapa yang boleh tolak dessert macam ni kan.

Beverage - Coffee/Tea
Untuk minuman korang boleh pilih sama ada nak Kopi ataupun Teh.

Ini pula adalah 5 menu yang ada dalam Double Happiness Set Dinner. Dalam set ini pula Fadzi paling suka Oven Baked Rack of Lamb with Garlic Brown Sauce sebab berney potatonya yang cair dalam mulut dan Grilled Salmon with Honey Light Soya sebab nasinya yang cukup rasa. 


Bintang Revolving Restaurant, The Federal KL
Sempat juga Fadzi ambil gambar berlatar belakang kan Menara Kuala Lumpur dari Bintang Revolving Restaurant. Sepanjang waktu Fadzi makan dekat Bintang Revolving Restaurant The Federal KL ni, Fadzi memang enjoy makanan dan pemandangannya. Cantik untuk mata dan sedap untuk perut.


Bintang Revolving Restaurant, The Federal KL
Ini pula gambar berlatar belakang kan Menara KLCC. Weh serius kalau makan dekat sini waktu malam memang korang akan rasa menarik sangat tengok pemandangan dia tau. Fadzi pergi waktu malam, jadi memang penuh cahaya warna warni di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Jadi, bagi yang akan menyambut Tahun Baru Cina ataupun nak menyambut Hari Valentine tak lama lagi, boleh tempah meja korang dekat sini dan nikmati sendiri makanan serta pemandangan bandar Kuala Lumpur yang cantik dari atas. Tak rugi cuba kan?

The Federal Kuala Lumpur
35 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603 2148 9166



Question of the Day

Dalam banyak-banyak menu yang fadzi tunjuk dekat atas, mana yang korang rasa berkenan sangat nak cuba?


5 Cara Cegah Penyakit Tangan, Mulut Dan Kaki (HMFD)

$
0
0
5 Cara Cegah Penyakit Tangan, Mulut Dan Kaki (HMFD) | Majoriti sekolah dah bukak kan sekarang. Ramai juga yang Fadzi tengok dekat Facebook duk menghantar anak-anak ke sekolah. 

Serius, Fadzi pun tak sabar nak tunggu Aneeq besar dan pergi ke sekolah. Tapi risau jugak sebenarnya sebab bila bercampur gaul dengan ramai budak, lagi senang nak dapat penyakit terutamanya yang sekarang ni tengah hot, penyakit Tangan, Mulut dan Kaki.

Penyakit Tangan, Mulut Dan Kaki (HMFD)

Hand Mouth Foot Disease (HMFD)

Penyakit Tangan, Mulut dan Kaki atau Hand, Mouth and Foot Disease (HMFD) adalah sejenis penyakit berjangkit yang kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak bawah 10 tahun. Ia berlaku biasanya disebabkan oleh satu virus yang bernama enterovirus. Korang ada anak bawah umur 10 tahun? Kalau ada, korang kena ambil tahun tentang  HMFD ni.

HMFD ini boleh berjangkit melalui: 
  • Hingus
  • Air liur (bersin, batuk atau bercakap)
  • Najis
  • Cecair ruam dari kanak-kanak yang dah sedia terjangkit. 

Orang besar macam kita sebenarnya boleh juga kena tapi budak-budak bawah umur 5 tahun yang paling senang nak kena jangkit.

Antara simptom-simptom HMFD ini adalah: 
  • Munculnya lepuhan atau bintik-bintik berair di kawasan mulut, tangan, kaki dan kawasan lampin kanak-kanak. 
  • Di bahagian tekak dan tonsil akan membentuk ulser-ulser kecil. 
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Hilang selera makan
  • Sakit kepala

Biasanya penyakit ini akan sembuh dalam jangka masa 5 hingga 7 hari. Tapi, siapa yang nak anak sendiri sakit kan? 5 hingga 7 hari tu bukannya sekejap bagi budak-budak. Anak terseksa, mak bapak pun merana. 

Lagipun dari apa yang Fadzi baca, tak ada vaksin atau rawatan spesifik untuk penyakit ini. Cara yang terbaik adalah untuk mencegah HMFD sebelum berlaku kepada anak kita. Jadi, Fadzi nak kongsikan dengan korang 5 cara untuk cegah penyakit HMFD ini.

5 Cara Cegah Penyakit Tangan, Mulut Dan Kaki (HMFD)

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anak kita daripada dijangkiti oleh HMFD adalah:


Cara Cegah HMFD
1. Basuh Tangan Secara Konsisten 
Pastikan anak-anak dan korang juga amalkan cara cuci tangan dengan betul dan konsisten. Cuci tangan sebelum makan, selepas keluar daripada tandas, selepas keluar rumah dan sebagainya. 


Cara Cegah HMFD
2. Cuci Mainan Dan Alatan Dalam Rumah
Bersihkan segala mainan atau alatan rumah. Kalau korang ada anak kecil, mainan anak dan lantai rumah yang paling penting perlu dicuci sebab itu benda yang diaorang selalu main kan. Cuci benda-benda tersebut menggunakan larutan chlorine based.  


Cara Cegah HMFD
3. Jangan Berkongsi Barang
Pastikan anak-anak korang tak berkongsi barang dengan kanak-kanak lain terutamanya yang telahpun dijangkiti dengan HMFD. Pastikan korang sediakan botol air, sudu, bekas makanan bahkan tuala, pakaian dan permainan yang berasingan. 


Cara Cegah HMFD
4. Lupuskan Najis Dengan Sempurna
Najis kanak-kanak adalah salah satu cara penyebaran HMFD. Jadi sebagai ibu bapa, kita kena pastikan lampin pakai buang dibuang dengan baik atau lampin pakai semula dicuci secara berasingan dengan pakaian yang lain. 


Cara Cegah HMFD
5. Menggunakan Pencuci/Spray Pembasmi Virus
Korang boleh gunakan bahan pencuci untuk membasmi virus enterovirus yang berasaskan klorin. Atau kalau nak lebih mudah korang gunakan saja Thymos® HMFD/Flu Spray. Ianya mampu untuk memberi perlindungan daripada virus enterovirus untuk 10 hari dalam 1 semburan.  

Thymos® HMFD/Flu Spray

Thymos® (cara sebutan betul 'tee-mos') HMFD/Flu Spray adalah satu produk semburan pembasmi kuman yang telah terbukti secara klinikal untuk menghilangkan 99.99% enterovirus iaitu virus yang membawa penyakit HMFD dan juga virus H1N1. Ianya dikatakan mampu memberi perlindungan dalam jangka masa 10 hari dalam hanya sekali semburan. Nah, dah ada cara mudah untuk cegah penyakit tangan, mulut dan kaki sekarang ni. 

Produk ini bukannya ubat tapi lebih kepada sanitizer. Jadi cara penggunaannya adalah dengan spray dekat barang. Korang boleh spray baju macam korang spray perfurm tu. 

Korang tak perlu risau pasal produk ini sebab ianya:
  • Tiada bau
  • Tiada steroid
  • Tiada bahan kimia beracun
  • Tiada alkohol
  • Tidak membahayakan ibu mengandung
  • Tidak bahaya terkena tangan walaupun pada kulit bayi

Cara Cegah HMFD

Thymos® HMFD/Flu Spray Menggunakan Teknologi AirGuard 

Fadzi sebelum ini macam skeptikal sikit macam mana Thymos® HMFD/Flu Spray ini berfungsi sebab tak ada bahan kimia, tak ada alkohol. Jadi macam mana nak cegah penyakit HMFD ini kan?


Teknologi “Self-Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman dan patogen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.

Cara Cegah HMFD

Antara cara yang korang boleh guna Thymos® HMFD/Flu Spray adalah:

  • Spray 3 hingga 4 kali pada barang-barang mainanan dan sapu dengan kain untuk perlindungan 10 hari
  • Sembur pada pakaian sebagai antibody
  • Sembur pada udara untuk membasmi kuman dan untuk udara yang lebih segar 

Fadzi sendiri guna Thymos® HMFD/Flu Spray pada mainan Aneeq, sofa, plushies, beg dan juga pada baju Aneeq. 

Sebenarnya sekarang baru Fadzi macam terfikir kalau pergi makan dekat luar, kerusi baby yang Aneeq duduk tu mesti dah tercemar dengan macam-macam jenis kuman dan virus. Biasanya Fadzi cuma kesat guna baby wipes je tapi fikir semula baby wipes tu tak cukup untuk menghilangkan kuman dan virus. Jadi, lepas ini Fadzi akan beringat selalu nak bawa Thymos® HMFD/Flu Spray ini ke mana-mana Fadzi pergi.

Lagipun saiz botol dia pun kecil dan slim. Muat kalau nak masuk dalam beg ataupun poket seluar. Lebih mudah kalau macam tu.  

Cara Cegah HMFD

Kalau tengok pada harga, bagi Fadzi agak berbaloi juga dengan fungsinya mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut serta flu. Harga sebenarnya adalah RM75. Tapi sekarang korang boleh dapatkan Thymos® HMFD/Flu Spray dengan harga RM69.90 di Guardian. 

Kalau korang perlukan maklumat lanjut lagi pasal Thymos® HMFD/Flu Spray ini, korang boleh tengok website, Facebook ataupun Instagram Thymos. Fadzi share link dekat bawah:  

Website | Facebook | Instagram

Malaysian Distributor: http://www.enapakmarketing.com/ atau https://www.facebook.com/enapakmalaysia/

Question of the Day

Korang pernah tau ke tak tentang penyakit tangan, kaki dan mulut sebelum ini? Ada pengalaman terkena atau sesiapa yang terdekat terkena penyakit ini?


Makan Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

$
0
0
Makan Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam | Waktu tengah hari adalah waktu yang paling hectic bagi Fadzi. Bagi korang yang bekerja lagilah hectic kan sebab nak cari tempat makan tengah hari yang sedap tapi nak cepat. Kalau korang kerja dekat area Shah Alam, apa kata korang cuba makan tengah hari dekat Restoran Sajian d-Hidang?


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Restoran Sajian d-Hidang

Restoran Sajian d-Hidang ini terletak dekat bangunan pejabat UMNO di Seksyen 11 Shah Alam. Kalau korang tau tempat ni, mesti korang perasan dekat sini banyak ofis-ofis. Jadi, dekat Restoran Sajian d-Hidang ni banyak hidangkan makanan tengah hari.

Disebabkan restoran ni dekat belakang rumah Fadzi je, Fadzi pun pergilah try sekali sebab tengok diaorang tengah buat promosi untuk perkenalkan menu makan tengah hari terbaru diaorang iaitu Nasi Dalai.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Nasi Dalai adalah singkatan bagi Nasi Masak Lemak Daging Salai. Kalau korang jenis yang suka makanan tradisi Melayu asli, korang kena cuba Nasi Dalai ni. Harga satu set makan tengah hari ni RM9.90. 

Kalau korang order set Nasi Dalai ni, korang akan dapat air Teh O Ais sekali. Dah jimat kan. Tak payah tambah duit nak beli air pulak. 


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Dalam set Nasi Dalai ini korang akan dapat:
Nasi Putih

  • Semangkuk daging salai masak lemak
  • Kerabu Sayur
  • Ikan Masin Berlada
  • Sambal Belacan


Kalau ikutkan rasa tekak Fadzi ni, lauk Daging Salai Masak Lemak agak pedas. Kalau bagi Aneeq makan, memang dia tak boleh nak makan. Tapi rasa dia cukup lemak dan cukup pekat. Daging salainya pun lembut dan tak liat. Daging dah siap dipotong kecil-kecil dan senang nak makan. 

Lauk Kerabu Sayur pula dalamnya ada kacang botol, taugeh dan kelapa parut yang digoreng. Taugeh dalam lauk ni buat tekstur Kerabu Sayur ni ranggup-ranggup sikit.

Yang paling Fadzi suka adalah Ikan Masin Berlada dia. Ya Allah, serius sedap. Rasa dia masin tapi tak lah terlalu masin sampai pening kepala. Bila korang makan, akan ada rasa pedas-pedas sikit tapi pedas dia masih boleh tahan. Tak pedas teruk pun. 

Bila korang makan kesemua lauk dengan nasi putih panas tu, memang kena habis. Balance rasa lemak, masin, ranggup dan pedas dia. Memang Fadzi rekemen sangat korang order Nasi Dalai ini.


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Makan Percuma Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang

Dekat sini sebenarnya kan korang boleh makan secara percuma. Seronok kan bila tau ada tempat boleh makan percuma. Kehkehkeh. Fadzi pun sama. 

Kalau korang nak makan percuma jugak dekat Restoran Sajian, korang cuma perlu minta KAD SAJIAN dekat kaunter pembayaran. KAD SAJIAN ni lebih kurang macam REWARD CARD lah, di mana bila korang berbelanja lebih RM10 dalam satu resit, korang akan dapat satu cop atau pelekat. Bila dah cukup 9 cop/pelekat, korang boleh redeem makanan percuma bernilai RM10. Okay lah tu kan?   

Lepas tu, kad yang dah cukup cop/pelekat tu, korang boleh bagi pada penjaga kaunter diaorang dan join Cabutan Bertuah pulak. Tapi hadiah untuk cabutan bertuah tu Fadzi tak tau lah pulak apa kan.


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Menu Makan Tengah Hari Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Selain daripada menu Nasi Dalai, Restoran Sajian d-Hidang ada juga menghidangkan menu-menu makan tengah hari yang lain. 


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Fadzi masa kerja dulu, area tempat Fadzi tak banyak kedai lauk Melayu. Kebanyakkannya kedai mamak. Kadang-kadang rasa kembang tekak juga asyik makan lauk-pauk mamak. Tapi kalau lauk pauk Melayu ni, makan hari-hari pun tak ada masalah. Untung korang yang tempat kerjanya belambak kedai lauk masakan Melayu.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Kalau tak silap Fadzi, lauk yang restoran ni hidangkan adalah lebih dari 20 lauk juga. Tu tak kira ada kuih muih sekali diaorang jual.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Banyak juga pilihan lauk tengah hari dekat sini. Kalau yang duduk atau ofis dekat-dekat area Bangunan UMNO, korang boleh datang sini untuk makan tengah hari.  

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Ada enam jenis sambal yang ada disediakan untuk korang cuba dekat sini.  

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Bagi yang tak boleh tinggal ulam-ulaman tu, korang ada pelbagai pilihan ulaman untuk korang cuba dekat sini. Cicah pulak dengan sambal-sambal yang ada, memang puas hati.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Suasana dalam Restoran Sajian d-Hidang. Kedainya tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Tapi pada Fadzi dah cukup selesa dah. Waktu Fadzi datang ni dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Orang dah ramai keluar masuk tapi tak lah terlalu sesak sangat. 

So far, Fadzi baru cuba Nasi Dalai diaorang. Tak cuba lagi lauk pauk lain. Dan Fadzi sendiri suka dengan Nasi Dalai diaorang terutamamnya lauk Ikan Masin Berlada tu. Kalau korang jenis nak makan tengah hari cepat, datang je dekat sini dan order Nasi Dalai. Gerenti sedap.



Facebook 
Lot 10, Pusat Dagangan Umno Bahagian Shah Alam, 
Jalan Persiaran Damai, Seksyen 11, 
40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
03-5511 4015
7.30 pagi hingga 5.00 petang



Question of the Day

Dekat area kawasan ofis atau rumah korang, ada tak tempat makan tengah hari yang paling best korang pernah cuba? Dekat mana tu? Share sikit.


Viewing all 498 articles
Browse latest View live