Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Ada Masalah Family Planning, Penyakit Bahagian Intim Wanita Atau Menopaus? Anda Kena baca Ini.

$
0
0
Lepas bersalinkan anak pertama, aku dan suami bercadang untuk bagi masa dalam 2 hingga 5 tahun lagi untuk cuba dapatkan anak lagi. Ye la kan, masing-masing pun first time dapat anak. Sebelum ni pun kiteorang tak pernah layan budak-budak kecil lagi. Jadinya, aku rasa penting untuk kiteorang buat family planning supaya kiteorang boleh pastikan diri kiteorang ni cukup bagus untuk jaga Aneeq. Dan, baru-baru ni aku berkesempatan untuk pergi ke satu majlis perasmian produk berkaitan dengan birth control, penyakit bahagian dalaman wanita dan juga menopaus anjuran Exeltis.


Kebanyakan yang datang ke majlis perasmian produk Exeltis tu adalah doktor dan ahli farmasi. Jadi aku salah seorang yang dikira bertuahlah sebab dapat join event tu. Yang bestnya, event tu memang santai dan doktor-doktor serta ahli-ahli farmasi tu memang sempoi je buat aktiviti dekat situ. 

Selain daripada aktiviti-aktiviti santai macam ni, ada juga ilmu-ilmu pasal kesihatan wanita yang disampaikan oleh doktor yang bertauliah. 

Apa Itu Contraception/Kontraseptif?

Kontraseptif adalah satu langkah pencegahan kehamilan secara sukarela. Ada macam-macam kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada pelbagai faktor contohnya tahap kesihatan wanita, umur, kekerapan melakukan hubungan seks dan kehendak suami isteri untuk mendapatkan anak. Kebiasaannya pasangan suami isteri yang mengamalkan kontraseptif ni tujuannya untuk buat family planning atau birth control. 

Jenis-jenis Kontraseptif

Ada beberapa jenis kaedah kontraseptif yang boleh dilakukan iaitu dengan cara non-hormonal (kondom dan diaphragm) dan juga dengan cara menggunakan hormon (Oral Contraceptive Pills (OCP), intrauterine  devices, patch dan vaginal ring). Setiap kaedah ini ada tahap realiability yang tersendiri sama ada tinggi, sederhana ataupun rendah.

Produk Rangkaian Exeltis

Exeltis, salah satu syarikat pharmaceutical di malaysia ada mengeluarkan beberapa produk untuk birth control, rawatan penyakit berjangkit bahagian dalaman wanita dan ubatan untuk wanita menopaus berdasarkan keperluan mereka.  

Rangkaian Exeltis Drospirenone 

Drospirenone adalah steroid yang digunakan dalam pil birth control dan juga dalam terapi pengganti hormon. Terdapat tiga produk daripada rangkaian Drospirenone ini iaitu Lizelle, Liza dan Liz.



Rangkaian Exeltis COC

COC bermaksud Combined Oral Contraceptive. Ia adalah pil yang mana wanita yang bercadang untuk membuat birth control perlu ambil setiap hari untuk mencegah kehamilan. Ia mengandungi hormon estrogen dan progestogen sama seperti hormon semulajadi yang dihasilkan oleh ovari wanita. 


Neo-Penotran

Neo-Penotran adalah satu penyelesaian all-in-one bagi mencegah semua penyakit berjangkit bahagian intim wanita. Ia merupakan blok larutan kecil yang dimasukkan ke dalam faraj untuk merawat penyakit.


Tiboleen

Tiboleen adalah salah satu pendekatan non-hormon yang digunakan dalam pengurusan wanita menopaus. Kelebihan menggunkan Tiboleen ini adalah kawalan simptom yang berkesan, tidak memudaratkan payudara dan endometrium serta tidak mengganggu kehidupan dan hubungan intim suami isteri.  

  
Kalau korang ada perancangan untuk buat family planning atau birth control atau mungkin ada masalah bahagian dalaman wanita atau mungkin jugak yang sedang mengalami menopaus, korang boleh cuba produk-produk keluaran Exelties ni. Selain daripada boleh dapatkan produk diaorang, korang juga boleh cuba dapatkan consultation berkenaan penggunaan produk-produk mereka melalui laman web dan alamat di bawah.


Exeltis Pharma Sdn Bhd (1025614-U)
S-12A-5, South Tower, First Subang, 
Jalan SS15/4G, Subang Jaya, 
47500 Selangor Darul Ehsan, 
Malaysia
Tel: +603 56130599 
Fax: +603 56130699


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles