Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

A&W Aloha Chicken Burger Combo

$
0
0
Aku sebenarnya dah lama tak makan A&W. Disebabkan weekend ni aku malas sangat nak masak, jadi aku dengan Zul pun pergilah singgah A&W dekat Petronas Seksyen 7 Shah Alam konon-konon nak mengidam nak minum root beer dia. Tengok-tengok sekarang ni ada menu burger baru iaitu Aloha Chicken Burger.

A&W Aloha Chicken Burger


Aloha Chicken Burger

Aloha Chicken Burger ni korang boleh beli sama ada secara combo - ada Aloha Chicken Burger + Root Beer (RB) gelas besar dan jagung. Atau korang boleh je beli ala carte. Tapi aku rasa kalau beli combo punye lagi berbaloi kot sebab dapat RB dengan jagung tu.

Harga ala carte: RM10.99
Harga combo: RM12.99

Set combo ni kalau korang beli, korang akan dapat burger arang hitam, isi dia ayam bahagain dada, hirisan nanas, mayonis, BBQ sos, tomato dan lettuce sekali dengan air RB dan jagung. Konsep dia ala-ala Hawaii la sikit. Hehehhe.

A&W Aloha Chicken Burger Combo

Tapi kalau korang tak suka jagung tu, korang boleh tukar dengan curly fries. Tapi kena tambah sikit lah RM2.50.

A&W Aloha Chicken Burger Combo

Dan dan dan, Aloha Chicken Burger ni ada limited time offer je dari 8 Mac 2016 hingga 9 Mei 2016. Kalau korang ni jenis macam aku, suka cuba macam-macam jenis makanan baru, cepat-cepat pergi ke mana-mana outlet A&W terdekat dengan korang. Nanti dah habis time, melepas pulak. lagipun, dieorang ada buat contest tau sekarang ni.

Aloha Trivia Contest

Cara nak join kontest ni senang je. Beli set combo Aloha Chicken Burger ni dan simpan resit dia tau. lepas tu pergi ke link dekat bawah ni dan jawab beberapa soalan. Hadiah dia, korang mungkin dapat menang tiket travel ke BALI! Wuhoo!


A&W Aloha Chicken Burger

Jangan cakap hakak tak payung okeh. :D :D :D


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles