Sekarang ni Mentholatum ada keluarkan satu siri pencuci muka dan mask yang diinspirasikan daripada alam semula jadi. Aku sebagai pengguna setia brand Mentholatum Lipice nak juga cuba apa yang lainnya tentang pencuci muka dan mask terbaru daripada Mentholatum Botanics ni.
Mentholatum Botanics dah keluarkan 4 jenis produk dalam siri Botanics ni iaitu face wash 100g, face wash 150ml, foam wash 160ml dan face mask. Dan setiap produk ada pelbagai jenis pulak tu.
Face Wash Tube 100g (RM14.90)
Pencuci muka tube ni sesuai sangat untuk korang yang suka pencuci muka jenis yang simple. Just picit atas tangan, gosok untuk keluarkan buih dan lumur pada muka. Pada aku, pencuci muka jenis ni memang sesuai untuk bawak pergi travel. Sebenarnya pencuci muka ni ada 4 jenis - bau ros, bau serai, bau jasmin dan bau rosemary. Bau dia bau serai tapi tak kuat pun. So, jangan risau kalau korang yang tak suka bau serai tu. Memang tak akan mengganggu pun.
Foam Wash 160ml (RM25.90)
Foam wash ni aku memang suka sangat. Sebab picit-picit keluar terus buih-buih. Tak payah nak gosok-gosok dekat tangan dulu untuk keluarkan buih dia. Bila dah pam, boleh terus sapu pada muka yang basah. Jimat masa. Foam wash ni pulak cuma ada 2 jenis iaitu bau ros dan bau serai.
Pump Face Wash 150ml (RM21.90)
Yang pump face wash ni tak sama macam tube tadi. Dia punya tekstur lebih pekat dan milky sikit. Mula-mula aku pam dekat tangan, aku ingatkan losyen. Rupa-rupanya pencuci muka. Yang ni not bad. Aku suka tesktur pekat dia tu tapi kena buihkan sehabisnya sebab kalau ada tekstur milky dia tu lagi aku rasa macam susah sikit nak bilas muka tu. Pam wash ni pun cuma ada 2 jenis jenis iaitu bau rose dan bau serai. Yang penting, kalau pakai face wash yang ni agak jimat sebab kita pam sekali atau 2 kali saja, dah cukup untuk cuci muka.
Facial Sheet Mask 22ml (RM6.90 per piece)
Aku sebenarnya dah lama tak pakai mask ni. Bila ada mask macam ni rasa macam sayang nak pakai. Sampai sekarang aku simpan tak pakai lagi. Hahaha. Untuk mask ni ada 5 jenis - lavender, rosemary, delima, minyak rosehip dan aloe vera.
Apa yang aku suka pasal siri rangkaian baru Mentholatum Botanics ni sebab dieorang buat kesemua produk ni berunsurkan bahan semula jadi macam serai, ros, lavender, delima dan sebagainya. Korang pun tau kan bahan yang dibuat daripada bahan semula jadi ni lebih baik daripada yang lain.
So kalau korang nak dapatkan rangkaian pencuci muka dan mask Mentholatum Botanics ni, korang boleh dapatkan di Guardian terdekat.